Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

10,000 keluarga susah pelbagai kaum dapat sokongan makan lebih sihat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10,000 keluarga susah pelbagai kaum dapat sokongan makan lebih sihat

Apr 06, 2024 | 04:07 PM



Lebih ramai keluarga berpendapatan rendah pelbagai kaum menerima sokongan untuk menikmati makanan yang lebih sihat semasa musim perayaan ini. 

Lebih 10,000 isi rumah ini meraih manfaat bantuan itu pada 2024 – naik 1,000 keluarga berbanding pada 2023 – dengan masing-masing mendapat antara lain pek mengandungi makanan lebih sihat dan kad resipi untuk menyediakan hidangan sihat.

Sehingga 6 April, lebih 9,000 keluarga di 57 lokasi serata Singapura telah mendapat habuan makanan mereka sejak projek itu bermula pada 10 Mac, kata Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

Ini adalah kali keempat projek itu diadakan dan ialah sebahagian usaha M KuasaTiga (M³) melalui bidang tumpuan kelima (FA5) berhubung kesihatan masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Pada 6 April, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, mengagihkan habuan makanan kepada 500 keluarga yang tinggal di Woodlands. Cik Rahayu juga memimpin usaha FA5 M³, yang merupakan usaha sama antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Penyelaras Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).

Cik Rahayu berkata maklum balas daripada penerima sejauh ini amatlah positif.

“Pengagihan ini menyediakan mereka kemudahan untuk melihat dan memilih sendiri bahan makanan yang lebih sihat yang sesuai untuk masakan mereka. Mereka juga diajar bagaimana untuk mengenal pasti simbol ‘Pilihan Lebih Sihat’ supaya dapat memilih makanan yang lebih sihat ketika mereka berbelanja pada masa lain.

“Ini adalah usaha yang baik dan harus diteruskan,” ujarnya.

Turut hadir di acara pengagihan itu ialah Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.

Pengagihan itu bertujuan menggalak golongan ini memupuk tabiat sihat selain menganjurkan ceramah untuk keluarga susah dengan kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun mempelajari cara memasak makanan yang lebih sihat dan berpatutan di rumah. Setakat ini, lebih 1,600 keluarga telah menghadiri ceramah itu.


Acara itu turut diusahakan HPB dan Kementerian Kesihatan (MOH) , dengan kerjasama sebanyak 62 rakan kongsi pada 2024, yang termasuk Persatuan Muhammadiyah, Pertapis, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu dan masjid-masjid. 


Antara bahan makanan lebih sihat yang disediakan dalam pek habuan termasuk beras perang, garam dan sos kicap rendah natrium, serta susu rendah lemak tepu dan gula.

Salah seorang penerima habuan, Cik Fatimah Osman, 75 tahun, ketika ditemui Berita Minggu (BM) mengalu-alukan pilihan makanan lebih sihat yang disediakan.


“Saya tidak pernah rasa beras perang. Jadi, saya mengambil beras perang dan akan cuba untuk menggunakannya dalam masakan. Usaha ini baik kerana saya dapat menyajikan makanan yang lebih sihat, terutamanya untuk suami saya yang menghidapi masalah jantung,” kata pesara yang mempunyai dua anak itu.

Sementara itu, penerima bantuan Melayu/Islam, yang datang ke Store@Woodlands – di Blok 852 Woodlands Street 83 – pada 6 April juga dihadiahkan habuan daging mentah dan baju kurung terpakai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >