Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

10,000 rumah baru bakal dibina di Yishun, Gillman Barracks tapak potensi bagi perumahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10,000 rumah baru bakal dibina di Yishun, Gillman Barracks tapak potensi bagi perumahan

Mar 05, 2024 | 05:04 PM



Bagi memenuhi keperluan perumahan yang semakin meningkat, pemerintah melancarkan kawasan perumahan baru di Yishun dan mungkin akan membangunkan satu lagi estet perumahan di Gillman Barracks yang terletak di kawasan Alexandra Road.

Dalam membentangkan perbelanjaan bagi kementeriannya di Parlimen pada 5 Mac, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, mengumumkan bahawa sekitar 10,000 rumah – di mana 80 peratus terdiri daripada perumahan awam – akan dibina di estet baru Yishun yang dipanggil Chencharu.

Estet perumahan tersebut terletak berdekatan stesen MRT Khatib dan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama – merangkumi 1,200 unit flat fleksi dua hingga lima bilik – akan dilancarkan pada Jun, kata Encik Lee.

Projek lain di kawasan itu akan dilancarkan secara bertahap pada tahun-tahun akan datang.

Sebelum ini, dearah Chencharu dikenal pasti sebagai kawasan perumahan baru oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jun 2022.

Dua penyewa kawasan itu, termasuk taman riadah Orto – yang menempatkan kolam tangkap udang atau prawning dan juga kolam tangkap ikan – telah meninggalkan premis mereka Jun lalu supaya kerja-kerja pembangunan boleh dimulakan.


Tapak tersebut akan menyediakan “jumlah rumah baru yang agak banyak” terutama sekali bagi mereka yang ingin tinggal dengan ibu bapa mereka di kawasan Yishun, kata Encik Lee.

Apabila siap dibina nanti, penduduk di estet Chencharu boleh menggunakan khidmat MRT Khatib yang terletak berdekatan.

Prasarana baru termasuk kemudahan riadah, masyarakat dan komersial akan dibina bagi melengkapkan prasarana sedia ada di kawasan Khatib Central dan HomeTeamNS Khatib.

Sementara itu, kawasan Gillman Barracks – kawasan seni dan gaya hidup di Alexandra Road – kini dikaji oleh pemerintah sebagai tapak potensi untuk perumahan baru.

Menurut Encik Lee, estet tersebut mungkin menggabungkan perumahan awam dan swasta yang akan memenuhi permintaan untuk rumah yang lebih hampir dengan pusat bandar.

“Kami akan mulakan kajian persekitaran dan warisan dalam suku kedua tahun ini (2024). Ini akan membantu kita memahami kelebihan ekologi dan warisan tapak tersebut serta merancang dengan sensitif cara untuk membangunkannya,” ujar Encik Lee.

Kajian itu dianggarkan selesai pada separuh pertama 2026.

Sebahagian besar Gillman Barracks, yang terletak berdekatan pusat bandar dan berhampiran daerah Greater Southern Waterfront, diperuntukkan di bawah ‘tapak simpanan’ di bawah Pelan Induk URA 2019.

Pelan induk tersebut memberi panduan dalam pembangunan Singapura dan akan disemak setiap lima tahun. Tapak simpanan bermaksud penggunaan tapak itu belum ditentukan.

“Selain memberi peluang kepada lebih ramai warga Singapura untuk tinggal berdekatan pusat bandar, estet perumahan baru itu akan menambah kepada keindahan bangunan kolonial di situ,” tambah Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >