Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

120 bekas penagih dadah, ahli keluarga di sesi khas Parlimen rai usaha banteras dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

120 bekas penagih dadah, ahli keluarga di sesi khas Parlimen rai usaha banteras dadah

May 08, 2024 | 08:20 PM



Lebih 30 tahun hidup Cik Salimah Sukar kucar-kacir kerana terjebak dalam kancah dadah.

Ia bermula dalam rumah tangga pertamanya, apabila beliau seolah-olah menjadi pencari nafkah bagi suaminya ketika itu yang sering mengambil duitnya untuk mengambil heroin secara senyap-senyap.

Akhirnya, Cik Salimah sendiri menjadi penagih pada usia 23 tahun.

Sejak itu, ibu empat anak itu telah menjalani enam hukuman penjara, bercerai dan pernah hidup sendirian lebih 10 tahun, dan menyeludup dadah bagi membiayai ketagihannya.

Hanya pada 2010, apabila ditangkap di depan anak-anak di rumah bersama suami keduanya, beliau berkata kepada dirinya: “Cukuplah.”

Ketika itu, Cik Salimah terpaksa meninggalkan anak bongsunya yang berusia 14 bulan dan terlintas dalam fikirannya – siapa bakal menjaga anaknya semasa beliau menjalani hukuman penjara tujuh tahun?

“Bagaimana boleh terjadi macam ini? Kenapa saya teruskan tabiat hingga waktu itu dan berapa lama lagi saya nak hidup macam itu?” katanya kepada wartawan ketika ditemui.

Kini setelah bebas daripada dadah hampir 10 tahun, Cik Salimah, 59 tahun, menghabiskan masa lapangnya membimbing bekas penagih lain menerusi beberapa pertubuhan, termasuk Yayasan Mendaki dan Persatuan Anti Narkotik Singapura (Sana).

Pada 8 Mei, beliau antara sekitar 120 bekas penagih dadah dan ahli keluarga mereka yang diundang ke satu sesi khas Parlimen, dan sebagai anggota barisan depan dalam usaha membanteras dadah.

Sesi itu diadakan sempena penyampaian Kenyataan Menteri mengenai keadaan dadah di sini oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

“Sejujurnya dahulu, meskipun ada bantuan, ia tidak semudah yang boleh didapati hari ini,” kata Cik Salimah.

“Bukan setakat itu, dahulu kami hanya dianggap sebagai bekas pesalah, bekas banduan dan seolah-olah kami tak akan berubah.

“Hari ini masyarakat lebih bertimbang rasa. Saya rasa berbesar hati sebab sejak kian lama kami bertembung dengan ketagihan, akhirnya kami dapat dilihat sebagai orang berguna,” katanya.







Selain menyatakan Singapura sedang “berperang dengan dadah”, Kenyataan Menteri itu mengulangi mesej bahawa mulai 2024, setiap Jumaat ketiga pada Mei adalah Hari Peringatan Mangsa Dadah. Acara pertama bagi hari peringatan itu akan diadakan pada 17 Mei di Ngee Ann Civic Plaza.

Sementara itu, semasa berucap, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata hari peringatan itu akan disertai ramai rakan masyarakat, termasuk sekolah, yang akan mengadakan kelas berkenaan isu dadah.

“Saya berbesar hati ramai datang ke sini (Parlimen) untuk menyertai perjalanan kami bagi mempertingkat usaha menjamin Singapura sentiasa bebas daripada dadah, dan pada masa sama, membantu mereka yang sedang menjalani pemulihan,” katanya.


Beliau menambah bahawa peranan bekas penagih penting dalam membimbing bekas pesalah lain kembali ke pangkuan masyarakat serta sebagai penyumbang maklumat isu dadah terkini.







“Kadang-kadang ada pihak fikir dadah mungkin tidak begitu berbahaya sebagaimana disangka,” kata Dr Faishal.

“Tetapi apabila anda berbual bersama ‘desistor’ (bekas penagih yang membantu diri dan orang lain menjauhi dadah), yang pernah terjebak dalam penyalahgunaan dadah atau pernah menyertai kerja penyeludupan dadah, mereka akan berkata dadah telah memusnahkan hidup mereka sebagai individu, dari segi fizikal dan kesihatan.

“Ia juga telah memusnahkan masa depan mereka dan orang di keliling mereka,” ujarnya.

Pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA), Encik Tan Chong Huat, berkata dalam “perang” membanteras dadah, ada satu isu yang masih perlu dipertingkat, iaitu sokongan dan pelibatan seluruh masyarakat.

Ada sesetengah pihak menganggap isu itu seperti ‘kacang putih’ (isu kecil) sahaja, katanya.

“Jika kita dapat bersatu padu demi menyokong usaha ini, kita akan dapat memastikan generasi masa depan tidak akan terjejas oleh dadah,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >