Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

2 warga Bangladesh didakwa rompak semasa ikat jamin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 warga Bangladesh didakwa rompak semasa ikat jamin

Feb 27, 2024 | 05:52 PM



Dua warga Bangladesh telah didakwa menyerang dan merompak seorang lelaki sebanyak $300 di Geylang pada 25 Februari, semasa mereka sedang menjalani ikat jamin atas kesalahan melibatkan pengambilan dadah.

Miah Shawan, 28 tahun, dan Ahammed Md Riaz, 29 tahun, didakwa pada 27 Februari.

Sekitar 5.30 pagi pada 25 Februari, pasangan itu berada di lorong belakang antara Lorong 13 dengan Lorong 15 Geylang, di mana mereka didakwa memukul mangsa dengan tangan sebelum melarikan diri dengan wang $300, lapor The Straits Times (ST).


Dalam satu kenyataan, polis berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu pada 5.35 pagi, dengan mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital. 

Mereka tidak mendedahkan butiran mengenai kecederaannya.

Polis dari Divisyen Polis Bedok berjaya mengenal pasti identiti kedua-dua penyerang yang ditahan pada 26 Februari.

Pada 2023, Miah didakwa atas tiga kesalahan berkaitan dadah dan dua tuduhan melibatkan rokok seludup. Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin $10,000.

Dia dituduh mengambil ganja dan methamphetamine pada atau sebelum 17 Julai 2023.


Dia juga didakwa memiliki beberapa barang berkaitan dadah, termasuk straw dan botol buatan sendiri, dalam simpanannya di Asrama Tuas View, di Tuas South Avenue 1, pada 17 Julai 2023.


Miah dikatakan turut menyimpan 13 karton dan enam paket rokok seludup bernilai lebih $1,500 dalam satu unit di asrama hari itu.

Antara lain, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk rokok tersebut bernilai $120 yang tidak dibayar.

Pada 2023, Ahammed pula didakwa atas tiga kesalahan berkaitan dadah dan satu pertuduhan menguruskan hasil yang diraih daripada jenayah yang didakwa.

Dia didakwa mempunyai $4,000 dalam akaun bank pada 7 Julai 2022. Wang itu dipercayai hasil kegiatan jenayah yang tidak dinyatakan.

Dia juga dituduh mengambil methamphetamine pada atau sebelum 4 Julai 2023.


Ahammed turut didakwa memiliki dadah itu dan barangan berkaitan seperti paip kaca yang digunakannya dalam bilik sebuah hotel di Lorong 8 Geylang.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin $20,000 tetapi didakwa telah melakukan rompakan bersama Miah pada 25 Februari.

Sidang sebelum perbicaraan Miah akan diadakan pada 28 Februari, manakala bagi Ahammed ia diadakan pada 1 Mac.

Jika disabit kesalahan merompak dengan kecederaan, pesalah boleh dipenjara antara lima dengan 20 tahun dan menerima sekurang-kurangnya 12 sebatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >