Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

4 telko S’pura tawar pilihan sekat panggilan antarabangsa bagi cegah penipuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 telko S’pura tawar pilihan sekat panggilan antarabangsa bagi cegah penipuan

Khidmat percuma, pelanggan boleh aktifkan dan nyahaktif pilihan berdasarkan keperluan masing-masing 
Jan 04, 2024 | 06:53 PM



Mulai 5 Januari, pelanggan empat syarikat telekomunikasi, atau telko, di Singapura boleh memilih menyekat panggilan masuk daripada nombor antarabangsa pada telefon bimbit mereka sebagai sebahagian langkah mencegah penipuan.

Singtel, M1, Starhub dan SIMBA akan menyediakan perkhidmatan itu sebagai pilihan, umum Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada 4 Januari.

“Dengan mengambil pilihan itu, semua panggilan masuk yang dibuat daripada nombor antarabangsa akan disekat. Panggilan yang dibuat daripada nombor Singapura (contohnya, pengguna Singapura di luar negara menelefon ke sini), masih akan diterima seperti biasa. 

“Pelanggan dapat mengaktifkan dan menyaktifkan pilihan menyekat nombor antarabangsa berdasarkan keperluan mereka,” kata penguasa itu. 

Sebagai contoh, pelanggan dapat memilih membolehkan penyekatan nombor antarabangsa sebagai pilihan utama (default), tetapi menyahaktifkan perkhidmatan itu ketika melancong ke luar negara dan menjangka panggilan daripada nombor antarabangsa.

Perkhidmatan itu akan ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan empat syarikat telko itu.

“Pelanggan telefon bimbit harus mendekati syarikat telko masing-masing untuk memahami skop perkhidmatan dan cara mendaftar,” kata IMDA.

Sekitar 1.6 bilion panggilan antarabangsa, termasuk yang dibuat penipu beroperasi di luar negara, diterima setiap tahun di sini, menurut IMDA.

Ia juga menyatakan lebih 300 juta panggilan penipuan disekat oleh syarikat telekomunikasi dari Januari hingga September 2023, iaitu bersamaan kira-kira satu dalam setiap empat panggilan masuk daripada nombor antarabangsa disekat dalam tempoh ini.

“Untuk memerangi ancaman yang ditimbulkan oleh panggilan penipuan antarabangsa, IMDA dan syarikat telekomunikasi telah memperkenalkan langkah secara berperingkat.

“Ini termasuk menyekat awal semua panggilan antarabangsa yang menunjukkan kekerapan luar biasa tinggi, kerana ini berkemungkinan adalah panggilan penipuan yang dibuat menggunakan sistem automatik,” kata IMDA.

“Tambahan itu, semua panggilan masuk antarabangsa yang ID pemanggil dipalsukan dengan awalan +65 untuk menyerupai panggilan yang dibuat dari Singapura juga telah dikenal pasti dan disekat.”

IMDA menambah bahawa pelanggan syarikat telko akan mempunyai pilihan untuk menyekat kededuanya, panggilan dan SMS, daripada nombor antarabangsa pada telefon bimbit mereka menjelang pertengahan 2024.

Mencegah penipuan adalah usaha seluruh masyarakat, kata IMDA, sambil mengingatkan orang awam supaya terus berjaga-jaga.

“Orang ramai harus terus berhati-hati apabila menerima panggilan dan SMS kerana taktik penipu terus berkembang.

“Penipu akan terus mengubah kaedah dan taktik mereka dan tiada langkah mudah walaupun kita terus memantau dan melaksanakan perlindungan tambahan,” ujar IMDA.

Ia juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain untuk memerangi penipuan, kata penguasa itu.

“Orang awam yang arif adalah kunci dalam perjuangan ini, iaitu pengguna secara individu berwaspada dan meningkatkan kesedaran kolektif dengan berkongsi panduan pencegahan penipuan bersama rakan dan orang tersayang,” tambah IMDA. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >