Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

7 projek BTO bakal dilancar pada Feb 2024, termasuk di Tanglin Halt

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 projek BTO bakal dilancar pada Feb 2024, termasuk di Tanglin Halt

Dec 06, 2023 | 08:48 PM



Hampir 4,100 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akan dilancarkan di enam bandar termasuk di Bedok, Queenstown, Choa Chu Kang, Hougang, Punggol dan Woodlands pada Februari 2024, menurut kemas kini oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 5 Disember di laman webnya.

Ini termasuk sebuah projek BTO di Tanglin Halt, yang menawarkan 250 flat fleksi dua bilik dan empat bilik, yang akan menjadi sebahagian daripada pembangunan bersepadu yang diumumkan oleh HDB pada Oktober.

Tapak tersebut, yang terletak antara Tanglin Halt Road dengan Commonwealth Drive, juga berdekatan dengan stesen MRT Commonwealth.

Ia akan menjadi projek BTO kedua di Tanglin Halt, di mana sehingga 5,500 flat akan dibina sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan semula dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Pembangunan bersepadu itu, yang akan dibina di bekas tapak Pusat Kejiranan Tanglin Halt, akan mempunyai flat HDB, kedai, pusat penjaja dan pasar. Poliklinik Queenstown di Stirling Road juga akan dipindahkan ke kompleks tersebut.

Penganalisis hartanah berkata projek itu berkemungkinan besar akan dilancarkan di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH), sama seperti projek BTO Tanglin Halt Cascadia yang dilancarkan pada Oktober.

Flat BTO yang termasuk dalam model ini datang dengan subsidi tambahan, dan syarat jualan semula yang lebih ketat seperti tempoh pendudukan minimum 10 tahun dan pembayaran balik subsidi.

Encik Nicholas Mak, ketua pegawai penyelidik portal carian hartanah Mogul.sg, berkata pembangunan itu dijangka popular di kalangan pembeli, kerana jaraknya yang berdekatan dengan kemudahan dan stesen MRT.

Selain itu, terdapat juga dua projek BTO yang akan dilancarkan di Bedok.

Satu daripadanya akan dibina di Upper Changi Road bertentangan Stadium Bedok dan menawarkan 520 flat fleksi dua bilik dan empat bilik, manakala satu lagi akan dibina di sepanjang Bedok North Street 3, bersebelahan Sekolah Rendah Yu Nang dan akan menawarkan 430 flat fleksi two bilik, empat bilik dan lima bilik.

Di Choa Chu Kang, 460 flat fleksi dua bilik, tiga bilik dan empat bilik akan dibina di tapak yang terletak berhampiran Sungei Pang Sua. Koridor Rel juga terletak bersebelahan dengan projek tersebut.

Di Punggol, kira-kira 960 flat fleksi dua bilik, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik akan dibina di tapak yang terletak di hujung Lorong Sumang. Projek tersebut turut menawarkan kira-kira 60 flat sewa dua bilik.

Di Woodlands, di persimpangan Woodgrove Avenue dan Rosewood Drive, sebanyak 1,120 flat fleksi dua bilik, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik akan ditawarkan.

Sebanyak 350 flat fleksi dua bilik, tiga bilik dan empat bilik juga akan dibina di Hougang Street 13.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >