Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

8 dalam 10 pertubuhan hadapi serangan siber dalam setahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 dalam 10 pertubuhan hadapi serangan siber dalam setahun

Laporan CSA: Akibatnya, 99% pertubuhan alami kesan negatif
terhadap perniagaan
Mar 28, 2024 | 05:00 AM



Lebih lapan daripada 10 pertubuhan menghadapi insiden keselamatan siber dalam tempoh setahun, dengan sekitar separuh daripada mereka mengalaminya beberapa kali setahun, menurut dapatan satu laporan oleh Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) yang dikeluarkan pada 28 Mac.

Antara kategori kejadian keselamatan siber yang sering berlaku termasuk serangan ‘ransomware’ (sofwe yang direka untuk sekat akses kepada sistem komputer sehingga wang dibayar), penipuan kejuruteraan sosial (penipuan yang mengeksploitasi kepercayaan individu untuk mendapatkan wang atau maklumat sulit) dan eksploitasi salah konfigurasi awan (kemasukan ke dalam prasarana untuk mengakses data sensitif).

Akibatnya, 99 peratus pertubuhan yang menghadapi kejadian sedemikian melaporkan mereka mengalami kesan negatif terhadap perniagaan.

Ini termasuk gangguan perniagaan (48 peratus bagi kedua-dua perniagaan dan badan tidak raih keuntungan), kehilangan data (46 peratus bagi perniagaan, 60 peratus bagi badan tidak raih keuntungan) dan kerosakan reputasi (43 peratus bagi perniagaan, 44 peratus bagi badan tidak raih keuntungan).

Tinjauan bagi Laporan Kesihatan Keselamatan Siber Singapura oleh CSA yang pertama itu telah dijalankan antara Mei dengan Ogos 2023.

Melibatkan 2,036 pertubuhan kecil, sederhana dan besar, ia meninjau pelbagai aspek keselamatan siber seperti kekerapan kejadian siber yang berlaku, jenis impak ke atas perniagaan dan tahap amalan langkah keselamatan siber.

Tinjauan tersebut bertujuan memastikan kedudukan keselamatan siber semasa dalam pertubuhan tempatan dan membimbing usaha CSA.

Dapatan tinjauan turut menunjukkan pertubuhan tempatan menyedari kepentingan keselamatan siber dan mengambil langkah-langkah perlindungan.

Pertubuhan yang ditinjau menyatakan mereka mengamalkan purata sekitar 70 peratus langkah-langkah dalam setiap kategori pensijilan Cyber Essentials CSA apabila ditanya tentang langkah tertentu yang diambil mereka dalam lima kategori.

Lima kategori itu ialah aset, selamat/lindungi, kemas kini, sandaran (backup) dan respons.

Sekitar 75 peratus pertubuhan juga didapati sedar tentang program pensijilan keselamatan siber Cyber Essentials dan Cyber Trust oleh CSA.

Dua program itu adalah piawaian keselamatan siber nasional yang membantu pertubuhan mengutamakan langkah-langkah keselamatan siber yang perlu dilaksanakan.

Bagaimanapun, masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki kerana hanya satu daripada tiga pertubuhan telah melaksanakan sepenuhnya sekurang-kurangnya tiga daripada lima kategori langkah-langkah dalam program pensijilan Cyber Essentials.

Apabila ditanya mengapa langkah-langkah keselamatan siber tidak diambil, 59 peratus perniagaan dan 56 peratus badan tidak raih keuntungan menyatakan sebab ‘kurang pengetahuan/pengalaman’ sebagai cabaran utama.

Cabaran kedua terbesar pula ialah anggapan mereka tidak mungkin menjadi sasaran serangan siber (46 peratus bagi perniagaan, 49 peratus bagi badan tidak raih keuntungan).

Ketua eksekutif CSA, Encik David Koh, berkata dapatan tersebut menunjukkan bahawa meskipun pertubuhan ada mengamalkan beberapa langkah untuk melindungi aset mereka, ia tidak mencukupi disebabkan kekerapan dan skala ancaman siber semakin meningkat yang dihadapi hari ini.

“Pertubuhan harus menjadikan keselamatan siber satu keutamaan dan memanfaatkan sokongan dana dan sumber sedia ada.

“Melakukan perkara ini hanya selepas insiden berlaku akan memakan kos yang lebih tinggi,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >