Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

962 flat Punggol dengan masa menunggu 3 tahun ditawar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

962 flat Punggol dengan masa menunggu 3 tahun ditawar

Projek Matilda Riverside projek BTO pertama ditawar di Punggol dalam tempoh empat tahun
Feb 18, 2024 | 04:29 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan 962 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Punggol dalam penjualan akan datang pada Februari 2024.

Masa menunggu projek tersebut dianggarkan tiga tahun satu bulan – iaitu masa menunggu yang paling singkat antara projek yang akan dilancarkan dalam penjualan itu.

HDB berkata sebelum ini tujuh dalam 10 flat dilancarkan pada 2023 mempunyai masa menunggu empat tahun atau kurang.

Matilda Riverside akan menjadi projek BTO pertama yang dilancarkan di Punggol dalam lebih empat tahun, menurut HDB dalam satu kenyataan pada 18 Februari. Projek BTO terakhir di kawasan itu, Punggol Point Crown dan Punggol Point Cove, telah dilancarkan pada September 2019.

Projek Matilda Riverside menawarkan pelbagai pilihan jenis flat, dari flat Fleksi 2 bilik hingga flat lima bilik. 

Termasuk flat ini, lebih daripada 80 flat perumahan yang akan ditawarkan dalam penjualan Februari akan mempunyai masa menunggu kurang tiga tahun setengah.

Matilda Riverside terletak di Daerah Matilda, salah satu daripada tujuh kawasan pesisiran air di daerah perumahan bandar Punggol.

Bermodalkan lokasi tepi laut, daerah itu akan menampilkan jalan-jalan yang dipenuhi kehijauan dan pokok-pokok dengan kanopi besar, atau “jalan hijau”, menyediakan ketersambungan ke kawasan perairan, kata HDB.

Landskap di Matilda Riverside bertujuan untuk mendekatkan penduduk dengan alam semula jadi, dengan blok yang bersambung dengan kehijauan.

Di ruang awam, motif kehidupan marin seperti ikan dan memerang, akan digabungkan sebagai kesinambungan kepada sejarah kawasan tepi laut itu.

Penduduk Matilda Riverside akan mempunyai akses ke pelbagai kemudahan, seperti taman permainan, kemudahan kecergasan, gelanggang permainan, pusat rangkaian penduduk, prasekolah tiga tingkat yang dilengkapi dengan dewan serbaguna.

Flat di Matilda Riverside merupakan sebahagian daripada 4,100 flat yang akan ditawarkan di penjualan BTO akan datang.

Projek lain yang akan ditawarkan termasuk dalam bandar atau estet seperti Bedok, Queenstown, Choa Chu Kang, Hougang, dan Woodlands.

Sekitar 1,500 lagi flat Penjualan Baki Flat (SBF) akan ditawarkan juga.

Pemohon flat mesti mempunyai surat Kelayakan Flat HDB (HFE) yang sah sebelum mereka dibolehkan memohon flat baru.

Untuk penjualan pada Februari 2024, pemohon sewajarnya telah memohon surat HFE dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan sebelum 15 Januari 2024, dan telah menerima surat HFE mereka.

Sejak pelaksanaan surat HFE pada 9 Mei 2023, HDB telah memproses lebih 88,600 permohonan HFE daripada bakal pembeli flat hingga 31 Disember 2023, di mana 78,500 pemohon telah diluluskan dan diberikan surat HFE.

Daripada jumlah ini, kira-kira 42,800 pemohon, atau kira-kira 55 peratus, telah menggunakan Surat HFE untuk memohon flat baru atau jualan semula pada tahun 2023. Semua surat HFE adalah sah untuk tempoh sembilan bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >