Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Ajak orang ramai ganda amalan melalui projek ‘Amalthon Ramadhan’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Ajak orang ramai ganda amalan melalui projek ‘Amalthon Ramadhan’

Muhammadiyah sedia sambung semula kegiatan Ramadan tahunan di tempat lain semasa kerja naik taraf bagi bantu
golongan memerlukan
Feb 25, 2024 | 05:30 AM



Sedang kerja naik taraf bakal bermula, Persatuan Muhammadiyah mengajak orang ramai menggandakan amalan mereka dalam Ramadan ini dengan menjadi sukarelawan, menderma atau beribadah melalui projek ‘Amalthon Ramadhan’.

Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata sumbangan yang diterima mampu membantu mereka yang memerlukan.

“Bersedekah adalah penghubung dan pengikat antara lapisan masyarakat yang berkemampuan dengan golongan yang memerlukan. Sumbangan zakat, infak dan fidyah yang anda berikan kepada Muhammadiyah akan membolehkan kami terus menyokong golongan yang kurang bernasib baik, menaikkan semangat mereka yang menghadapi kesukaran dalam hidup dan membina masyarakat yang bertakwa, berilmu dan bermanfaat,” katanya.

Persatuan itu telah membuat persediaan untuk menyambung semula program dan kegiatan Ramadan tahunannya di tempat lain bagi memenuhi keperluan masyarakat, terutama golongan yang memerlukan.

Iftar, atau buka puasa, solat tarawih dan kelas Al-Quran percuma akan diadakan di Persatuan Arab (Al-Wehdah) di 11 Lorong 37 Geylang, sepanjang Ramadan tahun ini kecuali pada 17, 22 dan 23 Mac.

Muhammadiyah bersama sukarelawan dan rakan kongsinya akan mengagihkan ‘Pek Prihatin Ramadan’ kepada 700 keluarga pada 9 Mac dan 30 Mac sebagai sebahagian daripada pengagihan tahunan dan pengagihan zakat.

Benefisiari persatuan ini termasuk keluarga berpendapatan rendah, ibu bapa tunggal dan penganggur kerana sakit atau mempunyai isu kesihatan lain.

Penerima akan menerima barangan keperluan dapur, kurma, kuih Raya dan wang zakat untuk pemohon terpilih.

Orang ramai boleh menyumbang dengan menaja Pek Prihatin untuk lima keluarga dengan harga $50. Pek ini termasuk barangan seperti beras, mihun, minyak masak, makanan dalam tin dan banyak lagi.

Penajaan sebotol kuih Raya pula berharga $20. Setiap keluarga akan menerima dua botol kuih Raya. Sebarang jumlah dan sumbangan lain juga amat dihargai.

Persatuan Muhammadiyah memerlukan sekitar $1,500 hingga $3,000 sehari untuk iftar dan program-program sepanjang Ramadan.

Ia mengalu-alukan infak daripada orang ramai bagi menyediakan juadah berbuka puasa, kos penyelenggaraan, dan kegiatan dakwah dan kebajikan.

“Semoga usaha kita bersama dalam menyalurkan rahmat dan keberkatan kepada semua diredai Allah swt serta diberi jaminan syurga buat sekeluarga,” kata Ustaz Muhammad Azri.


DERMA, ZAKAT, FIDYAH DAN KEGIATAN MUHAMMADIYAH PADA RAMADAN


1. Anda boleh menyalurkan derma kepada Muhammadiyah melalui:

– PayNow. Isikan di ruang ‘rujukan’ seperti berikut dan hantar tangkap layar ke talian WhatsApp 8408-4326. Nombor UEN: S58SS0020C. Rujukan: NamaIRtarikh, contoh: Abdullah IR 24 Mac.

2. Persatuan Muhammadiyah juga menerima dan mengagihkan zakat harta dan fidyah sepanjang tahun.

3. Untuk maklumat lanjut mengenai kegiatan Muhammadiyah pada bulan Ramadan atau zakat sila layari muhammadiyah.org.sg/ramadan2024

4. Bangunan Pusat Muhammadiyah di 14 Jalan Selamat akan ditutup bagi kerja naik taraf dari 19 Februari 2024 hingga awal tahun 2025. Ia akan beroperasi di pejabat sementara di Hexacube, 160 Changi Road #03-05, Singapura 419728.

5. Cara menghubungi dan waktu operasi kekal sama sepanjang tempoh peningkatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >