Lebih 30 alumni Madrasah Aljunied Al-Islamiah bersama keluarga masing-masing turun padang dan menyingsing lengan bagi menyediakan dan mengagihkan bubur kepada lebih 250 penduduk berbilang bangsa di kawasan Geylang Bahru.
Buat julung kalinya, Alumni Madrasah Aljunied Singapura (Almas) bekerjasama dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kolam Ayer dan M Kuasa Tiga (M³) Jalan Besar untuk membantu penduduk kawasan itu sempena Ramadan.