Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

AMP pilih pengerusi baru, tiga karyawan sertai anggota lembaga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP pilih pengerusi baru, tiga karyawan sertai anggota lembaga

Tiga anggota lembaga pengarah baru daripada bidang undang-undang, pemasaran digital dan penjagaan kesihatan 
Dec 09, 2023 | 05:38 PM



Ustaz Fathurrahman Dawoed telah dilantik sebagai pengerusi baru AMP Singapura, menyusuli pemilihannya semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-32 pada 9 Disember.

Beliau akan menggantikan Dr Md Badrun Nafis Saion, yang akan mengundurkan diri daripada jawatan dan persatuan itu, menurut kenyataan AMP.

Sebelum ini, Ustaz Fathurrahman, 46 tahun, memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi AMP sejak Mac 2023.

Selain itu, tiga anggota lembaga pengarah baru turut dipilih semasa AGM tersebut, yang diadakan di pejabat AMP di Pasir Ris. 

Mereka adalah pengarah urusan Emerald Law LLC, Encik Mohammad Rizuan Mohammad Yasin, 34 tahun;  Penolong Pengarah Kanan Program Komuniti SATA CommHealth, Cik Siti Zubaidah Yusoff, 38 tahun dan Pensyarah Adjung Politeknik Nanyang, Encik Navin Nambiar, 42 tahun.

Secara keseluruhan, terdapat sembilan anggota dalam lembaga pengarah baru itu. 

Menurut AMP, Ustaz Fathurrahman memiliki pengalaman yang luas dan amat berdedikasi. 

Antara lain, ia menarik perhatian bahawa kepimpinan beliau sebagai Ketua Panel Keluarga semasa Konvensyen Nasional ke-4 AMP pada Oktober 2022 adalah penting dalam membangkit dan membincangkan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu/Islam setempat dalam era digital.

“Pelantikan beliau sebagai pengerusi menggariskan komitmen AMP untuk menangani keperluan dan cabaran masyarakat yang berubah-ubah, terutamanya yang muncul hasil daripada norma sosiobudaya baru dan teknologi digital,” jelas AMP. 

Mengulas mengenai jawatan barunya itu, Ustaz Fathurrahman yang merupakan Pengarah Eksekutif Divisyen Pendidikan Andalus Corporation Pte Ltd, berkata:

“Saya komited untuk memajukan misi AMP untuk menyediakan kepimpinan pemikiran dalam masyarakat, serta memperjuangkan isu penting dalam masyarakat Islam di Singapura secara hormat dan mengikut budi bicara. 

“Memanfaatkan pengalaman saya merentasi persatuan yang berbeza dan sebagai asatizah, saya berdedikasi untuk mengukuhkan kerjasama kami dengan pelbagai pihak berkepentingan. 

“Bersama-sama, kami akan berusaha untuk mencapai kebijaksanaan kolektif, berasaskan prinsip dan nilai yang jelas, untuk mempertingkatkan masyarakat kita.”

Tambah kenyataan AMP, pelantikan Ustaz Fathurrahman mencerminkan usaha persatuan itu mengiktiraf kepelbagaian keupayaan karyawan Islam setempat. 

Dalam pada itu, tiga anggota lembaga pengarah baru mewakili pelbagai bidang kerjaya yang meliputi undang-undang, pemasaran digital dan penjagaan kesihatan. 

Ini sekali gus akan membawa perspektif dan pengalaman unik yang akan menghasilkan perbincangan lebih mendalam di peringkat strategik, jelas AMP. 

Semasa AGM itu juga, Naib Pengerusi dan anggota lembaga, Encik Hazni Aris telah bersara selepas berkhidmat sejak 2017. 

Seorang lagi anggota lembaga, Encik Khairulnizam Massuan, mengundurkan diri pada 19 Oktober 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >