Sepanjang kerjayanya sebagai guru, wartawan, editor akhbar dan kemudian ahli politik selama beberapa dekad, Encik Yatiman Yusof telah meninggalkan kesan yang mendalam pada ramai orang.
Bahkan, pengalaman yang diraih – termasuk sebagai editor Berita Harian, Anggota Parlimen (AP) dan Setiausaha Parlimen – memang cukup meluas termasuk dalam bidang ehwal kehidupan masyarakat Melayu Singapura hingga ke hubungan antarabangsa.