Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Apa agaknya berlaku di Lorong 20 Geylang ‘hampir setiap hari’?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa agaknya berlaku di Lorong 20 Geylang ‘hampir setiap hari’?

Mar 13, 2024 | 01:49 PM



Penduduk di Geylang Lorong 20 bimbang akan keselamatan mereka berikutan terlihatnya kejadian yang mencurigakan berlaku dalam kawasan mereka.

Ini selepas mereka mendakwa melihat kegiatan penyalahgunaan dadah di sana secara terbuka.

Menurut laporan The New Paper yang memetik artikel Shin Min Daily News, lorong di belakang kondominium #1 Suites seolah-olah menjadi sarang kegiatan haram itu sejak kira-kira dua tahun lalu.


“Hampir setiap hari, mereka berkumpul untuk mengambil dadah selepas 4 petang, pada siang hari,” kata pemberi maklumat itu kepada akhbar harian tersebut, sambil menambah bahawa ia membuatnya bimbang tentang keselamatan penduduk.

Beliau telah merakam video tiga lelaki yang didakwa mengambil dadah secara terbuka di lorong itu. Lorong itu juga sering bersepah dengan kertas tisu dan picagari suntikan, pada siang hari.

Dalam video lain yang dirakamnya pada waktu malam, seorang lelaki dilihat menghisap apa yang kelihatan seperti e-rokok manakala seorang lagi lelaki, yang berambut perang, dilihat sedang menyucuk lengannya.

Pemberi maklumat juga telah merakamkan gambar aktiviti yang serupa pada hari berlainan. Beliau mendakwa terdapat kejadian di mana beliau akan melihat individu meneguk cecair dari botol ubat.

Jika anda mempunyai maklumat tentang aktiviti berkaitan dadah, hubungi Biro Narkotik Pusat di eservices.cnb.gov.sg/feedback.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >