Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Baucar $300 untuk isi rumah S’pura beralih kepada alat jimat tenaga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar $300 untuk isi rumah S’pura beralih kepada alat jimat tenaga

Mar 04, 2024 | 09:14 PM



Semua isi rumah HDB akan menerima e-baucar bernilai $300 yang boleh digunakan untuk membeli 10 jenis produk isi rumah yang menjimatkan tenaga serta air, seperti pendingin hawa, mesin basuh dan peti sejuk, di peruncit yang mengambil bahagian mulai 15 April 2024.

Mengumumkan perkara itu di Parlimen pada 4 Mac, semasa bahas Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, berkata ini merupakan peluasan Program Isi Rumah Mesra Iklim (CFHP) sedia ada yang diperkenalkan pada November 2020.

E-baucar terbaru itu boleh digunakan sehingga 31 Disember 2027.

Buat masa ini, hanya flat HDB satu hingga tiga bilik layak mendapat baucar bernilai $225, yang boleh digunakan untuk tiga jenis peralatan.

Jumlah baucar juga ditetapkan untuk setiap kategori.

Baucar $150 diberikan untuk peti sejuk jimat tenaga, baucar $25 untuk lampu LED dan baucar $50 untuk kelengkapan mandi jimat air.

Namun dengan peluasan program itu, baucar $300 akan diberikan kepada sebanyak 1.1 juta isi rumah HDB pada masa ini, serta pemilik baru yang akan menerima kunci mereka menjelang 2027.

Baucar yang bakal diagihkan akan diberikan dalam nilai $2, $5, $10 dan $50, dan tiada sekatan pada jumlah yang boleh digunakan untuk mana-mana perkakas.

Baucar yang diberikan sebelum ini akan tamat pada 20 Mac, sebelum set baucar baru diagihkan. Isi rumah yang telah menggunakan set baucar pertama masih boleh menggunakan baucar baru.

Dr Khor berkata 10 peralatan di bawah program yang diperluaskan itu menyumbang kepada sekitar  60 peratus daripada purata penggunaan elektrik isi rumah, dan sekitar 90 peratus penggunaan air.

“Kami akan meningkatkan sokongan untuk isi rumah yang ingin menjadi lebih cekap tenaga dan air, yang juga akan membantu mengurangkan bil utiliti mereka.

“Dengan peluasan ini, kami berharap dapat memberi insentif kepada lebih ramai isi rumah untuk memilih pilihan cekap sumber dari awal, atau apabila peralatan dan kelengkapan mereka perlu diganti,” kata Dr Khor.

Peluasan progam CFHP berlaku di tengah-tengah harga gas dan elektrik yang lebih tinggi serta kenaikan harga air yang akan datang mulai April.

Sebagai contoh, isi rumah yang beralih daripada pendingin hawa satu tanda rait kepada lima tanda rait boleh menyaksikan penjimatan bil elektrik tahunan sebanyak $450. 

Mulai 15 April, pemilik flat HDB boleh menuntut e-baucar mereka dengan log masuk ke laman RedeemSG (go.gov.sg/cv-claim) dengan menggunakan akaun Singpass mereka. 

Mereka kemudian boleh menggunakan baucar itu di 14 peruncit yang mengambil bahagian selepas menunjukkan NRIC, penyata bank atau bil utiliti mereka.

Antara 14 peruncit itu termasuk Courts, Best Denki, FairPrice, Giant dan Cold Storage.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >