Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Bazar Kg Gelam: Had sewa maksimum $13,800 ditetapkan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Kg Gelam: Had sewa maksimum $13,800 ditetapkan

Feb 17, 2024 | 05:19 PM



Had sewa maksimum antara $13,300 dengan $13,800 bagi gerai makanan dan minuman telah ditetapkan bagi bazar Kampong Gelam yang bakal berlangsung 34 hari dari 2 Mac hingga 5 April 2024.

Harga sewa maksimum bagi gerai runcit pula ditetapkan pada $3,500 hingga $4,000 bagi edisi bazar itu yang bakal menawarkan lebih 100 unit gerai dan dibuka dari 2 petang hingga 11 malam setiap hari sepanjang tempoh itu.

Langkah serupa turut diambil Wisma Geylang Serai yang mana had sewa maksimum gerai Ramadan 2024 ditetapkan pada $15,000, diumumkan Oktober lalu susulan maklum balas peniaga berkait kos sewa mahal pada tahun-tahun lalu.

Encik Zaki Ma’arof, Pengerusi One Kampong Gelam (OKG) – iaitu salah satu pihak penganjur acara Ramadan di Kampong Gelam – ketika ditanya Berita Harian (BH) mengenai isu tersebut berkata, had harga sewa itu ditetapkan bagi memastikan kos sewa dan barang jualan berpatutan bagi peniaga dan pelanggan.


Ia juga berharap dapat menyediakan satu landasan perniagaan yang baik bagi peniaga baru yang mahu menembusi pasaran bazar, katanya dalam satu sidang media pada 16 Februari di Masjid Sultan.

“Kami mahu pantau secara teliti pengurusan gerai bazar tahun ini agar harganya berpatutan buat semua dan agar setiap unit gerai yang diambil, dijamin berlangsung sepanjang tempoh termasuk kesemua keperluan lesen dipatuhi dengan rapi,” kata Encik Zaki.

Sebagai perbandingan, akhbar ini melaporkan pada Mei 2023, harga sewa gerai di bazar Geylang Serai mencecah hingga lebih $25,000.

Encik Zaki berkata, pihaknya tidak mahu isu harga sewa tinggi itu menjejas persekitaran perniagaan.

Ini termasuk isu pengendali gerai mengganti pemilik setengah jalan sewaktu tempoh bazar ataupun penganjur terpaksa melelongkan gerai kerana tidak dapat menarik cukup peniaga, jelasnya.

“Kami tidak mahu mengalami masalah tangan di atas tangan,” kata Encik Zaki lagi.

Susunan acara pada Ramadan 2024 di Kampong Glam dipanggil Gemilang Kampong Gelam dan dianjur bersama OKG, Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Masjid Sultan.


Syarikat penganjur acara Eventify, dipilih sebagai penganjur bazar di Kampong Gelam bagi edisi 2024.

Pengarah jualan Eventify, Encik Kamal Rouzie, berkata buat masa ini kesemua gerai runcit melibatkan 25 unit telah diambil dan sekitar 65 hingga 70 gerai makanan dan minuman sudah ditempah.

Sekitar 700,000 orang dijangka berkunjung ke bazar Ramadan Kampung Gelam tahun ini berbanding 650,000 dalam bazar edisi 2023 yang menawarkan sekitar 90 gerai.

Mengulas tentang harga barang yang bakal dijual di bazar itu pula, Encik Zaki berkata beliau tidak dapat memberi perincian tetap namun peniaga “akan cuba menetapkan harga di mana jika orang ramai mahu beli di luar, kalau boleh, ia lebih murah” di bazar itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >