Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bekalan flat sementara naik seganda bantu pasangan tunggu flat BTO: HDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan flat sementara naik seganda bantu pasangan tunggu flat BTO: HDB

Feb 05, 2024 | 08:27 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menggandakan bekalan flat yang disediakan di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS), daripada 2,000 flat pada masa ini kepada 4,000 flat menjelang 2025.

Flat kosong di Tanglin Halt yang dikenal pasti untuk Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers) akan membentuk sebahagian besar daripada bekalan PPHS tambahan itu.

PPHS menyediakan pilihan perumahan sementara tambahan untuk isi rumah yang menunggu flat Bina Ikut Tempahan (BTO) mereka siap.

HDB pada 5 Februari berkata flat-flat Tanglin Halt yang terletak di Commonwealth Drive dan Tanglin Halt Road, akan memberi jalan kepada pembangunan semula pada masa akan datang.

Lagi empat blok di kawasan itu kini menempatkan flat sewa sementara.

Penduduk sebelum ini telah berpindah ke flat-flat ganti di Dawson, tambah HDB.

Dilancarkan pada 2013, lebih 4,200 keluarga telah meraih manfaat daripada PPHS.

Mereka yang layak untuk memohon flat PPHS mesti mempunyai pendapatan isi rumah bulanan $7,000 atau ke bawah, dan mempunyai flat yang belum siap daripada latihan jualan HDB.

Pasangan suami isteri yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun ke bawah, termasuk bakal ibu bapa, akan mendapat keutamaan dalam peruntukan flat di bawah skim tersebut.

Keluarga Encik Muhammad Afiq Aman adalah antara keluarga yang berpindah ke flat yang disediakan di bawah PPHS di Boon Lay pada Oktober 2022 sementara menunggu flat BTO mereka di kawasan Kovan.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Afiq berkongsi bahawa beliau memohon PPHS pada Februari 2022, selepas beliau dan isteri, Cik Sofia Jizman, 30 tahun, gagal mendapat BTO dalam permohonan pertama pada Ogos 2021.


“Skim ini membolehkan saya dan isteri mempunyai ruang sendiri. Tambahan pula, sekarang kami mempunyai anak (lelaki) sendiri (dua tahun), saya tidak mahu terlalu berlebih-lebihan bergantung kepada ibu bapa saya kerana mereka mempunyai komitmen mereka sendiri,” jelas beliau.

Beliau berkata PPHS menawarkan mereka permulaan positif untuk hidup berdikari.

Encik Afiq sekeluarga yang dahulu menetap di rumah orang tuanya di Ang Mo Kio, kini mendiami flat tiga bilik, di bawah PPHS dengan kontrak tiga tahun.

“Saya merancang melanjutkan kontrak dua tahun lagi kerana flat BTO kami bakal siap menjelang suku 2027,” tambah pemuda yang bertugas sebagai pegawai sepenuh masa dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu.

Menurut HDB, blok yang akan diubah suai untuk kegunaan sementara di bawah skim itu termasuk Blok 55, 56, 58 hingga 60, 62 Commonwealth Drive, dan Blok 33 hingga 38 dan 40 hingga 44 Tanglin Halt Road.

Empat lagi blok, 63 hingga 66, sudah menjadi sebahagian daripada bekalan PPHS sedia ada.

HDB berkata: “Bekalan flat PPHS adalah terhad dan bergantung kepada ketersediaan flat kosong yang tidak diperlukan untuk tujuan lain, seperti di blok kosong yang tidak diperlukan segera untuk pembangunan semula.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >