Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bekas ejen hartanah dijel 8 minggu, gelapkan $20,000 wang warga emas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas ejen hartanah dijel 8 minggu, gelapkan $20,000 wang warga emas

Feb 14, 2024 | 04:59 PM



Seorang bekas ejen hartanah yang mengaut $20,000 wang seorang wanita warga emas, selepas membantunya menjual unit kondominium, dijatuhi hukuman penjara lapan minggu pada 14 Februari.

Louis Ignatius Tan Puay Meng, 58 tahun, yang bekerja dengan Savills Residence semasa kesalahan itu, sebelum itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyalah guna wang itu, lapor The Straits Times (ST).


Dia tidak membuat sebarang bayaran balik kepada mangsa.

Nama Tan tidak ditemui dalam daftar awam Majlis bagi Agensi Hartanah dalam carian dalam talian pada 14 Februari.

Dia telah membantu wanita berusia 80 tahun itu menjual unit kondominium di Changi pada 2019 dan menerima lebih $462,000 daripada jualan itu.

Pada November tahun itu, Tan dan wanita itu menubuhkan akaun bank bersama untuk mendepositkan hasil jualannya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Cik Rimplejit Kaur dan Encik Mark Chia menyatakan dalam dokumen mahkamah bahawa Tan dijadikan pemilik bersama akaun bank untuk membantu menjejaki wang itu.

DPP menambah: “Tertuduh memberi jaminan kepada mangsa bahawa dia akan menjaganya sepanjang hayatnya, dan tidak akan menggunakan mana-mana wang dalam akaun bank bagi kegunaan tunggal mangsa dalam perbelanjaan peribadi.”

Tan juga memberi jaminan kepada mangsa bahawa adalah selamat membuat akaun bank bersama dan sebarang pengeluaran hanya akan dilakukan melalui cek yang ditandatangani mereka berdua.

Wanita itu bersetuju memiliki akaun bersama dengan Bank DBS.

Kesalahan Tan terbongkar apabila wanita itu meminta penyata bank bagi Januari 2020, dan mendapati bahawa sebahagian daripada wang itu hilang.

Pada 29 Februari 2020, beliau pergi ke cawangan DBS meminta penyata bank bagi November dan Disember 2019, dan bagi Februari 2020.

Beliau memperoleh dua penyata pertama. Kenyataan bagi Februari 2020 belum tersedia ketika itu.

Melihat kedua-dua penyata itu buat kali pertama, mangsa menyedari bahawa seseorang telah membuat pengeluaran tanpa kebenaran daripada akaun bank.

DPP berkata bahawa empat pengeluaran berjumlah $20,000 telah dikeluarkan pada Disember 2019.

Wanita itu menutup akaun tersebut dan membuat laporan polis terhadap Tan pada 3 Mac 2020.

Tan mengakui mengeluarkan $20,000 melalui aplikasi perbankan tanpa kebenaran atau persetujuan wanita itu.

Dia menggunakan wang yang diperoleh secara haram itu untuk menyelesaikan perbelanjaan peribadinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >