Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Budak perempuan 11 tahun mati setelah didera: Bapa tiri dipenjara 15 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak perempuan 11 tahun mati setelah didera: Bapa tiri dipenjara 15 tahun

Feb 15, 2024 | 08:11 PM



Seorang bapa tiri yang berulang kali memukul budak perempuan berusia 11 tahun dengan alat besi senaman telah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun 11 bulan dan 12 sebatan pada 15 Februari.

Lelaki itu, Mohamad Fazli Selamat, 29 tahun, memukul mangsa dalam kejadian yang berlaku pada November 2022 kerana mangsa dikatakan memakan makanannya dengan perlahan.

Disebabkan itu, mangsa maut empat hari selepas kejadian akibat kecederaan di kepala.

Menurut laporan The Straits Times, ibu gadis itu, Roslinda Jamil, 30 tahun, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun lapan bulan dan tiga minggu.


Dia tidak campur tangan semasa kejadian berlaku. Dia juga menyembunyikan kejadian penderaan sebelum ini dan mendera gadis itu dalam beberapa kejadian.

Dia merupakan orang pertama disabit kesalahan kerana membenarkan kematian berlaku pada kanak-kanak yang tinggal dalam rumah sama.

Ia satu kesalahan yang diperkenalkan pada 2020 untuk menyasarkan individu yang gagal melindungi mangsa daripada penderaan.

Dia dan Fazli telah mengaku bersalah atas kesalahan masing-masing pada Februari 2023.

Pada 15 Februari, Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Pang Khang Chau, juga membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk menarik balik perintah sekatan bagi mendedahkan nama pasangan itu selepas hukuman dijatuhkan.

Dalam permohonannya, Timbalan Pendakwa Raya Kumaresan Gohulabalan berkata pada mulanya perintah sekatan itu dikenakan sekiranya tiga beradik mangsa perlu memberi keterangan sebagai saksi dalam kes itu.

Dengan kesimpulan kes tersebut, pertimbangan sedemikian tidak lagi terpakai, kata pendakwa raya.

Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (CYPA) melarang pendedahan maklumat yang boleh membawa kepada pengenalan saksi berumur di bawah 18 tahun dalam prosiding mahkamah.

Pasangan itu, yang berkahwin pada April 2020, mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun bersama dan dua anak lelaki daripada perkahwinan pertama wanita itu.

Mangsa merupakan anak luar nikah ketika Roslinda berumur 16 tahun.

Bekas suami Roslinda mempunyai hak penjagaan ke atas dua anak lelaki mereka, manakala anak lelaki apabila berkahwin dengan Fazli telah ditempatkan di bawah jagaan titipan oleh pihak berkuasa.

Fazli telah mengaku bersalah atas tuduhan membunuh atas penderaan itu, yang berlaku pada 6 November 2020, dan lima tuduhan penderaan lain yang dilakukannya terhadap gadis itu antara Mac dan November 2020.

Roslinda mengaku bersalah atas tuduhan kegagalan mengambil langkah munasabah bagi melindungi gadis itu daripada didera, dan dua tuduhan penderaan yang berlaku pada Oktober 2020 dan pada 9 Nov 2020.

Pada awal 2020, Fazli, seorang pegawai polis bantuan, kecewa dengan mangsa kerana percaya bahawa dia telah mencuri barangan di flat mereka.

Dia juga memarahi mangsa kerana makan terlalu perlahan.

Pada Februari dan Mac 2020, dia menyuruh mangsa memegang botol air 1.5 liter pada paras bahu, sebelum merotannya. Dia turut memukulnya dengan tali pinggang.

Ahli keluarga yang melihat kesan lebam pada mangsa memarahi Fazli kerana mendera gadis itu. Mereka juga menegur Roslinda kerana tidak menghalang penderaan itu.

Namun, penderaan tetap berterusan. Fazli memukul mangsa dengan kayu garu, memaksa mangsa makan cili padi sehingga muntah, dan memukulnya dengan alat besi senaman.

Antara 26 Ogos dan 28 Oktober 2020, gadis itu tidak hadir ke sekolah kerana Fazli dan Roslinda bimbang kecederaan itu akan diketahui pihak sekolah.

Pada 29 September 2020, dua wakil sekolah melawat flat berkenaan, tetapi pasangan itu tidak membenarkan mereka untuk masuk.

Pada 15 Oktober 2020, seorang pegawai dari Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mendesak supaya diadakan panggilan video bersama gadis itu.

Pegawai itu tidak melihat sebarang kecederaan pada gadis itu, yang memakai baju tidur lengan panjang dan dipaksa duduk di tempat dengan pencahayaan malap.

Pada 6 November 2020, Fazli menghayun alat besi senaman ke arah kepala gadis itu beberapa kali.

Ia menyebabkan mangsa cedera di kepala, dengan mangsa meninggal dunia empat hari kemudian akibat daripada itu.

Semasa kejadian, Roslinda tidak masuk campur untuk menghentikan serangan itu.

Walaupun terdapat tanda-tanda berlakunya pendarahan dalaman, pasangan itu memutuskan untuk tidak membawa gadis itu ke hospital dan menghubungi ambulans hanya pada 10 November 2020.

Di hospital, pasangan itu memberitahu doktor mangsa jatuh dari tangga. Mereka kemudian mengaku kepada polis bahawa mereka telah menyerang gadis itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >