Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Bukan kali pertama sertai kem penyerapan SAF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bukan kali pertama sertai kem penyerapan SAF

Dec 06, 2023 | 06:44 PM



Bagi Nur Sya’irah Ramdan, ‘Boot Camp’ Wanita (WBC) yang baru sahaja diadakan dari 3 hingga 5 Disember dianggap sebagai peluang yang tidak dapat dilupakan.

Meniti usia 16 tahun, WBC bukanlah pengalaman pertamanya dalam kem penerapan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Dianjurkan sebagai sebahagian daripada Program Penyerapan Pertahanan (DIP), Nur Sya’irah pernah menyertai kem penerapan SAF bagi Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) sebelum ini dari 13 hingga 14 November.

Daya usaha baru itu merupakan usaha Majlis Penasihat Perhubungan Masyarakat dalam Pertahanan (Accord) bagi golongan wanita di Singapura.

Ia adalah usaha untuk meningkatkan pemahaman tentang pengorbanan anggota SAF dalam memikul tanggungjawab dan peranan penting mereka untuk mempertahankan kesejahteraan negara.

Kecenderungannya untuk menimba pengalaman selaku anggota tentera mencetus keinginannya untuk turut mendaftar dalam WBC pula.

Baginya, pengalaman dalam WBC membolehkan beliau untuk lebih memahami tentang kehidupan semasa seseorang itu menjalani Perkhidmatan Negara (NS) – sesuatu yang biasanya mengambil masa dua tahun bagi golongan lelaki.

“Saya tidak sangka dapat mengharungi dugaan Latihan Asas Tentera Asas (BMT) yang biasanya mengambil masa sembilan minggu dalam tempoh tiga hari sahaja,” ujarnya.

Beliau berkongsi dengan Berita Harian bahawa pengalaman WBC mendorongnya untuk membuat keputusan yang lebih wajar, sesuai dengan impiannya menjadi salah seorang anggota SAF pada masa akan datang.


Kesungguhannya untuk mengatasi perasaan gementar, Nur Sya’irah bertekad untuk tidak berputus asa ketika menghadapi cabaran.

Ia termasuk semasa terlibat dalam balapan berhalangan standard atau Standard Obstacle Course (SOC) semasa kem tersebut.

“Pada mulanya, saya berasa amat takut apabila melihat ketinggian tembok dan tidak begitu yakin untuk menyempurnakan cabaran tersebut. Jika saya tidak mencuba langsung, saya akan tidak berpeluang untuk mengatasi perasaan takut itu.”

Nur Sya’irah turut menerima sijil penyertaan yang diberi oleh tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, semasa menutup kem tersebut.

“Saya kagum melihat kesungguhan peserta yang hadir untuk mencuba segala kegiatan meskipun ia mencabar dari segi jasmani.

“Saya berpendapat kaum wanita juga boleh menyumbang kepada pertahanan negara seperti kaum lelaki, mengikut kebolehan masing-masing,” ujar Encik Zaqy dalam ucapannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >