Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Buku memoir papar pengalaman mantan Presiden Tony Tan selaku pemimpin negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku memoir papar pengalaman mantan Presiden Tony Tan selaku pemimpin negara

Mar 12, 2024 | 08:20 PM



Semasa bertanding bagi jawatan presiden Singapura pada 2011, Dr Tony Tan bersedia mengharungi kempen yang sukar.

Namun begitu, beliau tidak bersedia menghadapi kritikan dan dakwaan berat yang datang dengan menjadi calon presiden semasa pilihan raya.

Atas sebab itu, Dr Tan, 84 tahun, berkongsi bahawa ia telah menjejas kempen pilihan rayanya dan pada ketika itu, beliau juga memikirkan sama ada beliau telah membuat keputusan yang tepat.

Menceritakan detik itu dalam buku memoir terbarunya, Tony Tan Keng Yam: My Political Journey, mantan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri itu berkata:


“Satu perkara yang baru kepada saya, bagaimanapun, adalah menangani kesan media sosial terhadap pilihan raya.

“Saya bukan sahaja diawasi secara terperinci dan ‘dilaporkan’ secara berterusan, malah saya juga terpaksa berhadapan dengan kritikan yang tidak berkesudahan dan, yang paling teruk, dakwaan palsu terhadap saya dan keluarga.

“Sejujurnya, saya tidak dapat menerima kritikan tersebut dengan baik. Dugaan itu menyakitkan hati saya kerana saya berasa bukan atas salah mereka sendiri, anak-anak saya turut diheret sama.

“Apabila semua ini berlaku, sekali atau dua kali, saya sebenarnya mula tertanya-tanya sama ada saya telah membuat keputusan yang tepat dengan menyertai pilihan raya presiden. ‘Adakah ini semua berbaloi?’, saya bertanya kepada diri sendiri sebanyak sekali atau dua kali.”

Buku itu, yang diterbitkan oleh Straits Times Press dan dikarang bersama oleh mantan wartawan, Encik Leslie Koh dan Dr Tan, telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Mac di Bangunan Pentadbiran Universiti Pengurusan Singapura.

Berucap di majlis pelancaran itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong yang merupakan tetamu kehormat, berkata walaupun Dr Tan telah memegang jawatan kepimpinan dalam sektor awam dan swasta dan tidak perlu membuktikan dirinya lagi, mantan ahli politik itu masih berasa beliau masih ingin terus menyumbang kepada negara, apabila diperlukan.

Ini jelas dapat dilihat sewaktu Pilihan Raya Presiden, yang Encik Lee anggap sebagai satu pilihan raya yang sengit dan menjejas Dr Tan secara peribadi.

“Tetapi Dr Tan tidak membiarkan ini memesongkan haluannya. Beliau bekerja keras untuk menjadi Presiden bagi rakyat Singapura. Beliau memegang jawatan tinggi dengan penuh maruah dan wibawa,” kata Encik Lee.







Dikarang daripada sudut pandangan Dr Tan, buku itu juga menawarkan pembaca perspektif peribadi Dr Tan tentang dasar serta keputusan yang dibuat di peringkat kebangsaan, memberikan pandangan di balik tabir pada keputusan utama dan perubahan dasar dalam bidang pendidikan, kewangan, keselamatan dan pertahanan sepanjang tahun beliau dalam perkhidmatan pemerintah dan awam.

Ia juga merangkumi pandangan peribadi Dr Tan tentang pengajaran yang dipelajari dalam perjalanan membina dan mengembangkan negara. Antara lain, ia termasuk perbincangan di sebalik rombakan sistem pendidikan pada 1979 serta pemotongan kadar Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada 1986. 

Encik Lee berkata Singapura bertuah kerana Dr Tan -– yang telah menyertai politik pada 1979 dan berkhidmat sebagai menteri dalam kabinet, memegang pelbagai portfolio seperti dalam kementerian pendidikan, pertahanan, kewangan, kesihatan, dan perdagangan dan industri – memilih untuk berkhidmat kepada negara dalam banyak kesempatan.

“Bukan hanya ketika kali pertama (beliau sertai politik), malah pada banyak kesempatan berikutnya: Apabila beliau bersetuju dengan permintaan Encik Goh Chok Tong untuk meninggalkan sektor swasta dan kembali ke Kabinet pada 1995.

“Apabila beliau seharusnya bersara, beliau bersetuju dengan permintaan saya untuk kekal lebih lama, dan menawarkan diri untuk mengambil alih dasar penyelidikan dan pengembangan (R&D) pada 2005.

“Dan yang paling ketara, apabila beliau memutuskan untuk bertanding sebagai calon Presiden pada 2011.

“Dengan memoir ini, beliau melakukan satu lagi perkhidmatan kepada rakyat Singapura, berkongsi refleksi daripada kerjayanya yang cemerlang,” kata Encik Lee.

Dr Tan dalam ucapannya berkata: “Dalam perkongsian tentang pendekatan penyelesaian masalah dan penggubalan dasar yang telah kami ambil, dalam buku saya ini, saya berharap ia akan membantu generasi akan datang untuk lebih bersedia menguruskan sebarang krisis yang mungkin timbul pada masa hadapan.”

Buku itu boleh dibeli dengan harga $40.33 untuk versi berkulit lembut dan $78.48 untuk versi berkulit keras di semua kedai buku utama mulai 12 Mac. Ia juga boleh didapati di laman stbooks.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >