Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

DPM Wong: Hubungan S’pura-Perancis amat baik, kian meningkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Hubungan S’pura-Perancis amat baik, kian meningkat

Apr 12, 2024 | 06:57 PM



Hubungan antara Singapura dengan Perancis, yang dijalin sejak sekian lama, berada dalam keadaan amat baik dan semakin meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Bercakap kepada sekitar 200 warga Singapura di luar negara semasa satu majlis resepsi di Hotel Le Marois pada 11 April, Encik Wong menyatakan Perancis adalah antara negara pertama mengiktiraf Singapura sebagai negara merdeka pada 1965.

Selama beberapa dekad, kededua negara itu telah membina kerjasama erat dan amat kukuh yang merentasi pelbagai bidang, lapor The Straits Times (ST)


Contohnya, Perancis adalah satu-satunya negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang menjalin kerjasama strategik dengan Singapura.

Singapura juga merupakan satu-satunya bukan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang mempunyai kehadiran tentera di Perancis.

“Ini menggambarkan hubungan kami yang mendalam, kepercayaan yang telah dibina pada tahap amat tinggi antara kedua-dua pemerintah, dan keupayaan kami untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang,” jelas beliau.

Singapura dan Perancis akan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kededua negara itu pada 2025.

Hubungan antara rakyat kededua negara juga semakin mendalam dan berkembang.

Kini, terdapat kehadiran ketara Perancis di Singapura, termasuk pelbagai syarikat, budaya, sajian masakan dan jenama barangan mewah Perancis.

Begitu juga sebaliknya, kata Encik Wong.

“(Saiz) kami agak kecil, namun begitu, kehadiran Singapura di sini jelas kelihatan dan ia semakin berkembang maju dan meningkat. Ia diwakili oleh anda semua,” katanya, sambil menambah bahawa hadirin di majlis tersebut adalah ‘duta’ Singapura di sana.

Contohnya ialah pereka fesyen kelahiran Singapura yang berpangkalan di Paris, Andrew Gn, yang hadir di majlis resepsi itu.

Pereka berusia 60 tahun itu, yang berpindah ke Paris pada 1992, bersara pada Disember 2023.

Beliau menyatakan hasratnya untuk meluangkan lebih banyak masa di Singapura, dan bekerjasama dengan muzium di sini untuk membina budaya rekaan.

“Singapura adalah gabungan seni bina moden dan alam semula jadi.

“Sudah tentu, saya rindukan sate, laksa dan nasi ayam, tetapi yang paling saya rindui adalah rasa selamat,” kata Andrew.

Sementara itu, mahasiswa kejuruteraan pengkomputeran tahun keempat di Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Vignesh Kumaravel, 24 tahun, tiba di Paris pada Mac untuk menjalani latihan amali atau ‘internship’ selama enam bulan dengan syarikat permulaan realiti maya Perancis, Uptale.

Beliau kini mempelajari bahasa Perancis agar lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di negara itu.

“Saya berkongsi dengan Encik Wong bahawa amat penting bagi pelajar seperti saya mempelajari lebih banyak bahasa kerja di dunia untuk berjaya di peringkat sejagat,” katanya.

Siswazah pengajian bandar dari Kolej Yale-NUS, Cik Loh Wen Qi, sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana dalam dasar digital dan teknologi di Universiti Sciences Po di Paris.

Pelajar pengajian sarjana tahun pertama berusia 23 tahun itu berkata: “EU mempunyai dasar tadbir urus kecerdasan buatan (AI) yang sangat menarik dan berpandangan ke hadapan.

“Saya ingin berkongsi dengan Encik Wong mengenai cara Singapura dan EU boleh bekerjasama berhubung tadbir urus AI.”

Encik Wong turut melahirkan rasa gembira dapat bertemu ramai warga Singapura di majlis resepsi tersebut, di mana hadirin berpeluang berbual mesra dan merasai “semangat kampung Singapura”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >