Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

DPM Wong lawat Berlin, Paris 8-13 Apr

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong lawat Berlin, Paris 8-13 Apr

Apr 07, 2024 | 10:00 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan mengadakan lawatan ke Jerman dan Perancis pada 8-13 April ini.

Beliau akan memulakan lawatan ke Eropah di Berlin pada 8-10 April, sebelum menyambung lawatannya ke Paris pada 10-13 April.

Dalam kenyataan pada 7 April, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Encik Wong akan bertemu Presiden Jerman, Dr Frank-Walter Steinmeier, dan Canselor negara itu, Encik Olaf Scholz, di Berlin.

Beliau turut dijadual bertemu Naib Canselor dan Menteri Ehwal Ekonomi dan Tindakan Iklim, Dr Robert Habeck.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, turut dijadual bertemu rakan sejawatannya Encik Christian Lindner, selain berjumpa dengan pemimpin perniagaan Jerman dan menghadiri jamuan dengan warga Singapura di Jerman.

Di Paris, Encik Wong akan bertemu Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, dan Menteri Ekonomi, Kewangan, Industri dan Kedaulatan Digital, Encik Bruno Le Maire.

Beliau juga akan menghadiri majlis pembukaan pejabat Temasek di Paris, bertemu pemimpin perniagaan Perancis dan menghadiri jamuan dengan warga Singapura di Perancis.

Encik Wong akan diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, di Perancis.

Pegawai Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Kewangan akan mengiringi Encik Wong bagi kunjungan ke Berlin dan Paris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >