Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

DPM Wong peroleh sokongan penuh gerakan pekerja, kata Setiausaha Agung NTUC, Chee Meng

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong peroleh sokongan penuh gerakan pekerja, kata Setiausaha Agung NTUC, Chee Meng

May 01, 2024 | 01:39 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri dalam tempoh dua minggu lagi mempunyai “sokongan penuh” gerakan pekerja, kata Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.

Dalam ucapannya di Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei, Encik Ng menyifatkan Encik Wong sebagai seseorang yang memperjuangkan nasib pekerja secara konsisten dan bersungguh-sungguh.

Beliau turut melahirkan azam gerakan pekerja untuk meneruskan kerjasama kukuh bersama ketua negara yang baru itu nanti, demi manfaat pekerja dan kemakmuran negara.

Encik Ng turut berkata Encik Wong telah menyentuh hati ramai pemimpin kesatuan apabila beliau mengatakan bahawa NTUC adalah rakan kongsi terpenting pemerintah semasa acara penutup siri perbincangan, #EveryWorkerMatters, sebuah kempen NTUC dalam usaha mendekati pekerja pada 2023.


“Ini menggariskan mesej yang sangat kukuh bahawa hubungan tiga pihak Singapura yang unik akan berterusan selama bertahun-tahun akan datang di bawah kepimpinan anda dan kami mengalu-alukan kerjasama ini,” kata Encik Ng.

Ketua gerakan pekerja itu menambah, Encik Wong sentiasa prihatin dengan nasib golongan berpendapatan rendah dan pekerja yang terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi.

Beliau berkata ini dicerminkan dalam skim kredit gaji progresif yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2022 yang membolehkan pekerja bergaji rendah mendapat gaji lebih tinggi, peningkatan skim Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja yang telah dilanjutkan kepada pekerja muda, serta keputusan penting yang dibuat semasa krisis Covid-19 untuk melindungi pekerja dan mata pencarian mereka melalui langkah seperti skim insentif pertumbuhan pekerjaan.

Menurut Encik Ng, perkara paling penting ialah $100 juta yang telah diperuntukkan oleh Encik Wong untuk memperluaskan daya usaha Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) yang dipelopori NTUC untuk menyokong pekerja dan syarikat agar bersiap sedia bagi perubahan masa depan.

Dalam ucapannya, Encik Ng telah memberi penghormatan kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang beliau sifatkan sebagai penyokong kuat gerakan pekerja.

Beliau telah memberi sumbangan besar dalam memperjuangkan kepentingan pekerja bagi memastikan warga Singapura dapat menikmati gaji lebih tinggi, kebajikan lebih baik dan prospek pekerjaan yang lebih cerah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >