Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Flat BTO di Tanjong Rhu, Holland Village mula dijual pada Jun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat BTO di Tanjong Rhu, Holland Village mula dijual pada Jun

6,800 flat di Jurong East, Kallang/Whampoa, Queenstown, Tampines, Woodlands dan Yishun ditawar dalam penjualan kedua BTO dalam 2024
Feb 22, 2024 | 06:39 PM



Dua projek Bina Ikut Tempahan (BTO) di tepi Sungai Geylang di Tanjong Rhu dan flat pertama di Holland Village dalam sekurang-kurangnya 10 tahun adalah antara tujuh projek yang akan mula dijual pada Jun.

Flat berhampiran stesen MRT Laluan Daerah Jurong di Teban Gardens dan pembangunan pertama di Chencharu, sebuah kawasan perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baru di Yishun, juga akan ditawarkan.

Pada 21 Februari, HDB mengeluarkan butiran di laman webnya mengenai tujuh projek yang akan dilancarkan dalam penjualan kedua BTO pada 2024.

Ia akan menawarkan sekitar 6,800 flat di Jurong East, Kallang/Whampoa, Queenstown, Tampines, Woodlands dan Yishun.

Kedua-dua projek di Tanjong Rhu itu, iaitu kawasan yang terletak di bawah Kallang/Whampoa, akan mempunyai sekitar 2,020 unit.

Penganalisis hartanah menjangka projek itu menjadi popular kerana flat tersebut mungkin menawarkan pemandangan Hab Sukan Singapura dan Kolam Air Marina.

Terdapat flat fleksi dua bilik dan flat tiga serta empat bilik di dua projek itu, yang bersebelahan, dengan sebuah taman dirancang di tengah-tengah.

Projek lebih besar antara dua projek itu, yang mempunyai 1,400 unit, akan mempunyai kemudahan seperti gerai makan, restoran, kedai, pasar raya, prasekolah dan pusat rangkaian penduduk.

Kedua-dua projek itu terletak di Kampong Arang Road berhampiran dua stesen MRT iaitu stesen MRT Stadium dan Mountbatten.

Sekolah Tinggi Dunman terletak bertentangan kedua-dua projek, manakala stesen MRT Tanjong Rhu dan Katong Park, yang akan diwujudkan pada masa depan sebagai sebahagian daripada fasa keempat Laluan Thomson-East Coast, juga berdekatan.

Di Queenstown, sebuah tapak di Holland Drive berhampiran stesen MRT Holland Village dan Buona Vista akan menempatkan 330 flat fleksi dua bilik dan empat bilik.

Penganalisis berkata projek di Kallang/Whampoa dan Queenstown mungkin terletak di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH) kerana lokasinya menarik dan berdekatan stesen MRT.

Pengarah kanan analisis data di agensi hartanah Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck, berkata projek Tanjong Rhu itu akan menjadi unit HDB baru yang pertama dibina di kawasan itu dalam 60 tahun, dan ini boleh menyebabkan permintaan tinggi.

“Unit yang menghadap Hab Sukan Singapura dan di tepi Sungai Geylang akan mempunyai pemandangan bunga api dan beberapa pertunjukan Hari Kebangsaan yang tidak terlindung,” ujarnya.

Ketua penyelidikan dan kandungan di PropNex, Cik Wong Siew Ying, menyatakan banyak flat di Holland Village dibina pada 1970-an, dengan pembinaan flat terakhir di estet itu siap pada 2012.

Oleh itu, beliau menjangka keluarga dan pasangan muda berminat pada projek tersebut kerana terdapat banyak tawaran runcit serta makanan dan minuman di kawasan berdekatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >