Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Gadis 18 tahun bonceng motor sewa tidak berlesen mati dalam kemalangan jalan raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA beri amaran akan ambil tindakan kuatkuasa terhadap khidmat tempah kereta dan motosikal secara haram

Gadis 18 tahun bonceng motor sewa tidak berlesen mati dalam kemalangan jalan raya

Mar 07, 2024 | 04:56 PM



Seorang remaja berusia 18 tahun meninggal dunia pada 24 Februari akibat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal yang disewa secara tidak sah.

Acara pengebumian gadis itu diadakan pada 28 Februari.

Berita Harian difahamkan gadis itu membonceng motosikal yang disewa secara tidak sah daripada kumpulan sembang Telegram.

Khidmat membonceng motosikal sebagai kenderaan pengangkutan sewa yang tidak berlesen beroperasi secara tidak sah dalam talian sembang Telegram pernah dilaporkan seawal 2019 sebelum ini.

Kumpulan khas untuk penunggang dan penumpang motosikal ‘SG Bike Hitch’ itu kini mempunyai lebih 37,000 anggota, menurut tinjauan Berita Harian (BH), yang mendapati kumpulan Telegram itu masih aktif hingga awal Mac.


Di Singapura, khidmat motosikal sebagai pengangkutan sewa tidak dibenarkan sama sekali. Khidmat itu popular di kota-kota lain seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Selain motosikal, khidmat kereta sewa secara haram juga tersedia untuk kegunaan penumpang yang mencari alternatif yang lebih menjimatkan daripada yang ditawarkan oleh khidmat kereta sewa privet di sini seperti Grab, Ryde, Tada dan Gojek.

Bagi pemandunya pula, menggunakan wadah yang diluluskan bermakna komisen dikenakan dan dipotong daripada pendapatan.

Apabila dihubungi BH, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata khidmat tidak berlesen itu tidak selamat dan salah dari segi undang-undang.

Jurucakap LTA menegaskan motosikal tidak boleh disewa dan dibayar untuk pengangkutan awam sama sekali.

Mereka yang didapati bersalah boleh disabitkan dengan denda tidak melebihi $3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kenderaan yang digunakan juga boleh dirampas. Penggunaan sedemikian juga akan membatalkan perlindungan insurans motosikal sekiranya terdapat kecederaan atau kerosakan pada kenderaan atau harta benda.

“LTA mengambil serius dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang menyediakan perkhidmatan pengumpulan kereta dan motosikal secara haram,” kata jurucakap LTA.

Menurut jurucakap itu lagi, sejak 2020, seramai 15 pemandu telah ditangkap kerana menyediakan khidmat sewa kereta atau motosikal secara haram.

Antara itu, sembilan daripada mereka telah didakwa di mahkamah dan disabitkan kesalahan. Mereka menerima denda antara $1,200 hingga $1,800, dan telah hilang kelayakan memegang atau memperoleh semua kelas lesen memandu selama 12 bulan. Lima lagi kes masih menunggu pembicaraan di mahkamah, manakala penyiasatan kes selebihnya sedang dijalankan.

Orang ramai boleh memfailkan laporan terhadap mereka yang menyediakan perkhidmatan pengumpulan kereta atau motosikal yang tidak sah kepada LTA melalui borang di https://www.lta.gov.sg/feedback.

Mereka juga boleh melayari www.OneMotoring.lta.gov.sg untuk memfailkan laporan kepada LTA melalui e-perkhidmatan “Laporkan Kesalahan Berkaitan Kenderaan”.

Untuk memudahkan siasatan, penumpang perlu memberikan maklumat seperti nombor plat pendaftaran kenderaan (jika boleh), tarikh, masa dan akaun ringkas kejadian.

Menurut jurucakap itu lagi keselamatan penumpang adalah keutamaan penting dan menggalakkan penumpang menempah perkhidmatan melalui wadah yang berlesen atau dibenarkan sahaja.

“Pengendali berlesen akan mengekalkan rekod pemandu dan perjalanan sekiranya berlaku insiden atau pertikaian. Sebaliknya, perjalanan pengumpulan kereta haram yang dipadankan melalui saluran tidak formal seperti kumpulan sembang Telegram tidak menawarkan perlindungan komuter sedemikian,” kata jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >