Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Ganjaran $100,000 bagi tarik, kekalkan jururawat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ganjaran $100,000 bagi tarik, kekalkan jururawat

29,000 jururawat awam baru, dalam khidmat dijangka terima dalam tempoh 20 tahun kerjaya di bawah skim baru ‘Angel’ MOH
Feb 20, 2024 | 06:36 PM



Mulai September 2024, semua jururawat baru dan dalam perkhidmatan yang bertugas di institusi penjagaan kesihatan awam boleh menerima pembayaran sehingga $100,000 dalam tempoh 20 tahun mendatang dalam kerjaya mereka, umum Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung. 

Dipanggil Anugerah untuk Adab, Kecemerlangan dan Kesetiaan Jururawat, atau ‘Award for Nurses’ Grace, Excellence and Loyalty’ (Angel), skim pengekalan jangka panjang itu bertujuan menarik dan menggalak jururawat membina kerjaya sepanjang hayat dalam kejururawatan.

Kira-kira 29,000 jururawat dijangka meraih manfaat daripada skim baru itu. 

Pengumuman tentang skim itu oleh Encik Ong semasa berucap di forum Mencintai Jururawat, atau ‘LUVing Nurses’, di Hospital Universiti Nasional pada 20 Februari.


Mengakui jururawat meninggalkan industri itu atas sebab peribadi dan keluarga seperti mendirikan rumah tangga, melanjutkan pengajian atau menjaga ibu bapa lanjut usia, Encik Ong berkata skim Angel memberi isyarat kepada jururawat untuk “sila berfikir dua kali dan memberi diri anda dan kami peluang”.

“Sebagai majikan, kami boleh membantu menangani dilema dan pertukaran dalam kehidupan ini, dan membantu anda kekal dalam kerjaya yang anda akan temui makna dan melakukan kesan positif. Pada pihak anda, jika anda terus bertahan, mungkin semuanya boleh berjalan dengan lancar,” ujar beliau.

Di bawah Angel, jururawat berusia di bawah 46 tahun dan baru akan menerima pembayaran setiap empat hingga enam tahun dari masa mereka menyertai skim itu, dengan setiap pembayaran adalah antara $20,000 dengan $30,000. 

Menurut jadual pembayaran skim itu, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata jururawat berusia di bawah 46 tahun dan baru menyertai institusi penjagaan kesihatan awam sebelum September 2024 akan mendapat pembayaran pertama mereka sebanyak $20,000 pada 2028, itu selepas empat tahun perkhidmatan.

Pembayaran kedua ialah $25,000, yang akan diberi lima tahun kemudian pada 2033 untuk perkhidmatan selama sembilan tahun. Ini diikuti dengan $30,000 pada 2039 sebagai pembayaran ketiga bagi perkhidmatan 15 tahun, dan $25,000 pada 2044 untuk pembayaran keempat dan terakhir bagi perkhidmatan 20 tahun. 

Jururawat warga asing yang telah berkhidmat secara berterusan sekurang-kurangnya empat tahun dan menunjukkan komitmen mereka terhadap sistem penjagaan kesihatan awam Singapura juga akan layak, kata Encik Ong.

Sumbangan bertahun-tahun daripada jururawat yang berusia 46 tahun dan ke atas juga akan dihargai melalui skim itu, ujarnya.

Golongan ini akan mendapat pembayaran pengiktirafan sekali sahaja sebanyak $5,000 hingga $15,000, bergantung pada tahun perkhidmatan mereka dan jika mereka mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun dalam perkhidmatan.

Selepas itu, pembayaran mereka akan mengikut jadual yang dipercepat, dengan mereka akan menerima pembayaran setiap tiga tahun. Pembayaran maksimum bagi setiap jururawat ialah sehingga $100,000 atau apabila mereka mencapai umur persaraan semasa, bergantung mana lebih awal. 

Jururawat di bawah kontrak selepas bersara juga layak menerima bayaran pengiktirafan sekali sahaja jika mereka mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun dalam perkhidmatan.

Encik Ong turut berkongsi bahawa jururawat daripada pertubuhan penjagaan masyarakat (CCO) yang dibiayai awam serta Agensi Perkhidmatan Sosial (SSA) yang dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) juga akan dijemput menyertai Angel. 

MOH, Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dan MSF akan mendekati pengendali mengenai penyertaan mereka, katanya lagi.

Encik Ong menambah: “Ganjaran adalah satu pertimbangan penting dan praktikal, tetapi kita tahu ia bukan segala-galanya. Akhirnya, karyawan penjagaan kesihatan berkhidmat dengan jiwa dan semangat. Penjagaan untuk pesakit adalah pemacu keseluruhan sektor penjagaan kesihatan.”

Daripada 65,000 tenaga kerja dalam kelompok penjagaan kesihatan awam Singapura, kira-kira 24,000, atau satu pertiga, adalah jururawat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >