Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ganjaran bagi pemandu, penunggang berhemah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ganjaran bagi pemandu, penunggang berhemah

Akan ditahan Polis Trafik, diberi cenderahati jika amalkan keselamatan dan bertanggungjawab di jalan raya
Apr 01, 2024 | 07:45 PM



Pemandu dan penunggang berhemah akan diberi ganjaran dalam sebuah kempen yang menggalak tabiat memandu dan menunggang yang baik.

Kempen enam bulan dari 1 April hingga 30 September itu – ‘Ganjaran kepada Pemandu Berhemah’ – dilancarkan pada 1 April oleh Polis Trafik (TP) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC).

Ia dirasmikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Kempen serupa tetapi hanya bagi penunggang dilancar pada 2019 dengan dinamakan ‘Reward the Riders’ (Beri Ganjaran kepada Penunggang).

Ia bertujuan menggalak penunggang motosikal memakai alat pelindung dan menunjukkan tingkah laku menunggang yang selamat di jalan raya.

Dalam usaha mempertingkat keselamatan di jalan raya, kempen 2024 diperluas dari segi tempohnya dan disertakan kategori pemandu kereta.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 1 April, penunggang motosikal dan pemandu memainkan peranan penting dalam memastikan jalan raya selamat untuk semua pengguna dengan mengamalkan tabiat memandu dan menunggang dengan baik.

Pemandu dan penunggang berhemah yang dikesan mengamalkan keselamatan dan bertanggungjawab di jalan raya akan ditahan oleh pegawai TP dan diberi bag cenderahati.

Ini termasuk memberi isyarat sebelum menukar lorong dan memberi laluan kepada pemandu dan pejalan kaki lain.

Penunggang berhemah akan menerima barang seperti beg topi keledar, kad EZ-Link, risalah ‘Ride Safe’, beg tangki dan baju hujan.

Pemandu pula menerima anak patung Zebra maskot SRSC, kad EZ-Link, kain microfiber, risalah Keselamatan Jalan Raya dan pembersih udara mini.

Mereka akan dipaparkan di halaman Facebook ‘Gunakan Roadsense Anda’ TP untuk menggalak pemandu lain mengamalkan tabiat memandu dan menunggang dengan baik.

Pemandu teladan akan diberi anugerah khas semasa acara Singapore Ride Safe pada Oktober.

Semasa pelancaran kempen itu, beberapa pemandu dan penunggang berhemah dikesan oleh TP.

Antara mereka ialah Encik Shaiful Amjad Basri, 54 tahun, seorang jurutera lapangan dalam industri lif.

Beliau menampilkan amalan baik di jalan raya dan memakai alat pelindung yang lengkap ketika menunggang motosikal.

Beliau berkongsi dengan Berita Harian bahawa sudah tiga kali beliau menerima ganjaran tersebut.


“Kempen kali ini diperluas kepada pemandu, selain penunggang motosikal, dan ini adalah perkara baik dalam meningkatkan kesedaran pemandu dan penunggang tentang keselamatan di jalan raya,” ujar beliau, yang mengalami kemalangan pada 2017 disebabkan kecuaian pemandu lain.

Dalam ucapannya, Dr Faishal berkata:

“TP telah meningkatkan usaha pendidikan, pelibatan dan penguatkuasaan mereka.

“Kempen Ganjaran kepada Pemandu Berhemah ini adalah salah satu cara untuk menggalak pemandu, yang memainkan peranan penting dalam memastikan jalan raya selamat, mengamalkan tabiat pemanduan dan menunggang yang baik.

“Ia juga peringatan tepat pada masanya untuk semua orang supaya memandu dan menunggang dengan lebih bertanggungjawab di jalan raya.

“Saya juga menggesa perniagaan yang menguruskan kumpulan besar motosikal dan kenderaan supaya menerapkan budaya ‘utamakan keselamatan’ dalam organisasi mereka.

“Mereka boleh membantu memastikan pekerja mereka lebih selamat di jalan raya kita dengan memberi masa yang mencukupi untuk menyelesaikan jadual kerja mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >