Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

TAA jaya kumpul hampir $1.5j sepanjang Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA jaya kumpul hampir $1.5j sepanjang Ramadan

May 08, 2024 | 09:32 AM



Tabung Amal Aidilfitri (TAA) berjaya mengumpulkan sebanyak $1,489,650 bagi kempen amal TAA-Ramadan yang berakhir pada April.

Jumlah itu mengatasi $1.32 juta yang disasarkan badan amal itu di awal kempen tersebut yang bermula pada Mac.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan media pada 7 April, TAA berkata kebanyakan dana itu dikumpul hasil sumbangan dalam talian, terutamanya menerusi PayNow, yang berjumlah lebih $1.2 juta.

Ini merupakan kenaikan daripada jumlah $1.1 juta yang dikumpul dalam talian pada 2023.

Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Najib Sahib, berkata:

“Kami berupaya memenuhi sasaran yang ditetapkan dan bersyukur di atas sokongan berterusan dan kukuh masyarakat.

“Pencapaian ini sekali lagi menunjukkan bahawa masyarakat yakin dengan usaha TAA untuk membantu keluarga kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah.”

Jumlah yang melebihi sasaran itu dikumpul di sebalik cabaran yang dihadapi semasa kempen kali ini termasuk kurangnya kotak derma yang ditempatkan semasa Ramadan, menyusuli pembangunan semula Jalur Budaya Geylang Serai.

Satu lagi cabaran yang dihadapi pada 2024 adalah persaingan daripada usaha mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan luar negara di Timur Tengah yang begitu mendesak.

Pada 2024, seramai 2,962 daripada 3,100 penerima bantuan TAA menerima $450 bagi setiap isi rumah semasa Ramadan, sekitar dua minggu sebelum Hari Raya.

Ini merupakan kenaikan daripada pengagihan 2023 sebanyak $400 bagi setiap isi rumah.

Baki 139 penerima bantuan menerima dana mereka semasa Syawal.

Menurut TAA, dalam kalangan penerima bantuan TAA pada 2024, sekitar 75 peratus daripada mereka tinggal dalam flat sewa satu atau dua bilik dan kebanyakan mereka tergolong dalam kriteria asnaf yang layak menerima sumbangan zakat.

“Antara mereka merupakan warga senja yang terlantar di katil, keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang mengalami isu-isu perubatan kronik.

“Dengan kejayaan kempen TAA 2024, TAA terdorong untuk meningkatkan usaha dalam menawarkan sumber bantuan tambahan bagi mengurangkan beban kewangan para penerimanya,” kata kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >