Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

HDB agih hampir $1.1j bagi 223 projek kongsi ruang antara penduduk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB agih hampir $1.1j bagi 223 projek kongsi ruang antara penduduk

Apr 27, 2024 | 05:44 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah mengagihkan hampir $1.1 juta di bawah Lively Places Fund atau dana menyemarakkan tempat sehingga penghujung Mac 2024 bagi menyokong 223 projek dalam merancakkan lagi perkongsian ruang dan mengukuhkan identiti masyarakat.


Ini termasuk 15 taman yang sudah siap di sembilan bandar – Jurong West, Punggol, Woodlands, Bedok, Toa Payoh, Bishan, Serangoon, Queenstown dan Bukit Batok – kata HDB dalam satu kenyataan pada 27 April.

Taman Greenfly Garden merupakan taman ke-15 dan yang terkini untuk siap di bawah Lively Places Fund.


Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, hadir untuk meninjau perkembangan taman terkini itu yang terletak di aras bawah Blok 209 Boon Lay Place pada 27 April.

HDB berkata taman tersebut siap pada April dan diuruskan oleh 32 isi rumah kediaman, serta guru dan pelajar dari prasekolah PCF Sparkletots yang terletak berdekatan dengan taman tersebut.

Lagi lapan taman sedemikian sedang dalam perancangan, sekali gus membawa jumlah taman usulan penduduk kepada 23 taman, tambah kenyataan itu.

Justeru, penduduk yang menetap di kawasan kejiranan HDB boleh menikmati lebih banyak ruang hijau yang menawarkan lebih peluang untuk berinteraksi dan mengeratkan hubungan antara masyarakat.

Menurut HDB, idea membangun taman sedemikian dicetuskan penduduk HDB.

Penduduk yang ingin berkebun dan bercucuk tanam dapat memperoleh lebih banyak peluang mencuba kegiatan tanaman dan berkomunikasi dengan jiran yang berkongsi minat sehaluan.

Dengan cara ini, penduduk dapat “membuat rakan baru dan mengukuhkan jalinan masyarakat”, tambah HDB.

“Taman masyarakat biasanya adalah lebih besar dari segi saiz dan melibatkan penggemar kegiatan berkebun untuk mengekalkan (taman tersebut),” kata kenyataan itu.

HDB menambah minat bercucuk tanam dalam kalangan penduduk HDB telah meningkat sejak 2020, dengan sebahagian besar daripada 23 taman tersebut atau 17 projek dimulakan dalam empat tahun sejak kebelakangan ini.

“Ruang hijau ini dapat membantu mengurangkan suhu suasana sekeliling dan memberi kelegaan dari sudut pemandangan kepada estet HDB berkenaan.

“Taman ini juga merupakan sebahagian usaha penghijauan bagi mengubah Singapura menjadi bandar alam semula jadi, dan mewujudkan tempat tinggal yang menghijau, boleh didiami dan mampan untuk semua rakyat Singapura,” jelas HDB. – MUHAIMIN SUZAINI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >