Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

HDB lancar 4,126 flat BTO dengan masa menunggu kurang 3½ tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar 4,126 flat BTO dengan masa menunggu kurang 3½ tahun

Feb 21, 2024 | 07:26 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 21 Februari melancarkan 4,126 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Bedok, Queenstown, Choa Chu Kang, Hougang, Punggol dan Woodlands.

Lima projek, atau lebih 80 peratus daripada flat yang dilancarkan, mempunyai tempoh menunggu lebih pendek daripada tiga setengah tahun, kata HDB.

Pemohon akan mempunyai lapan hari untuk memohon flat, meningkat daripada tujuh hari sebelumnya. Ini untuk memberi mereka lebih masa membuat pilihan sewajarnya, tambah HDB.

Sebuah projek – pembangunan bersepadu Tanglin Halt Courtyard di estet matang Queenstown – terletak di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH), yang disertai syarat lebih ketat termasuk pengurangan subsidi 8 peratus apabila dijual semula dan tempoh penghunian minimum 10 tahun.

Flat PLH menerima subsidi tambahan selain diskaun pasaran yang ditawarkan kepada semua flat BTO.

HDB berkata 20 peratus daripada flat PLH akan diketepikan untuk keluarga kali pertama, manakala 2 peratus adalah untuk keluarga kali kedua di bawah skim keutamaan anak yang sudah berkahwin, yang membolehkan anak yang sudah berkahwin dan ibu bapanya tinggal bersama.

Tanglin Halt Courtyard mempunyai 251 flat fleksi dua bilik dan empat bilik, dan akan dibina di tapak bekas Pusat Kejiranan Tanglin Halt. Projek 48 tingkat itu berjarak lima minit berjalan kaki dari stesen MRT Commonwealth.

Harga, tidak termasuk geran, adalah dari $235,000 hingga $353,000 untuk flat fleksi dua bilik dan $565,000 hingga $720,000 untuk flat empat bilik.

Pembangunan itu juga akan menempatkan pusat dan pasar penjaja dua tingkat, kedai, prasekolah, pusat rangkaian penduduk dan Poliklinik Queenstown, yang akan dipindahkan dari Stirling Road.

HDB berkata Tanglin Halt Courtyard mempunyai masa menunggu paling lama – empat tahun dan 10 bulan – memandangkan kerumitan dalam membina pembangunan bertingkat tinggi.

Dua projek di Bedok akan menawarkan gabungan 961 unit, dengan penantian lebih daripada tiga tahun.

Bedok South Bloom, di New Upper Changi Road, mempunyai 528 flat fleksi dua bilik dan empat bilik. Harga, tidak termasuk geran, untuk flat fleksi dua bilik ialah $178,000 hingga $284,000 dan $491,000 hingga $638,000 untuk empat bilik.

Projek ini adalah dua perhentian bas dari Hab Pengangkutan Bersepadu Bedok, dan berhampiran pusat kejiranan yang mempunyai pasar basah, kedai makanan dan kedai.

Bedok North Springs, yang terdiri daripada 433 flat fleksi dua bilik, empat dan lima bilik, bersempadan dengan Bedok North Street 3 dan Ekpreswe Rentas Pulau (PIE) dan terletak berhampiran stesen MRT Bedok Reservoir.

Harga dari $155,000 hingga $256,000 untuk flat fleksi dua bilik, $451,000 hingga $568,000 (empat bilik), dan $605,000 hingga $730,000 (lima bilik).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >