Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Iswaran akan pulangkan gaji menteri, elaun AP sejak mula siasatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran akan pulangkan gaji menteri, elaun AP sejak mula siasatan

Jan 18, 2024 | 03:43 PM



Mantan Menteri Pengangkutan, S Iswaran, akan memulangkan gaji menteri dan elaun yang diterimanya sebagai Anggota Parlimen (AP) sejak siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) ke atasnya bermula.

Dia juga telah meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet, Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Dalam surat peletakan jawatan yang dikirimkan kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bertarikh 16 Januari 2024, Iswaran berkata CPIB telah mendakwanya dengan pelbagai kesalahan.

“Saya menolak dakwaan dalam pertuduhan itu dan kini akan memberi tumpuan kepada membersihkan nama saya. Memandangkan keadaan ini, saya rasa wajar untuk saya meletakkan jawatan daripada Kabinet, sebagai Anggota Parlimen dan sebagai ahli PAP,” katanya.


Dalam surat berasingan bertarikh 17 Januari 2024 pula, Iswaran menulis kepada Encik Lee untuk menyatakan bahawa dia akan memulangkan gaji serta elaun AP yang diterimanya sejak permulaan siasatan CPIB.

“Meskipun saya tidak diminta berbuat demikian, saya akan memulangkan semua wang yang saya terima sama ada gaji sebagai Menteri atau elaun sebagai AP sejak siasatan CPIB bermula pada Julai 2023,” kata Iswaran.

Ini dibuat walaupun dia menolak sebarang tuduhan yang didakwa ke atasnya dan berkata dia tidak bersalah.

“Saya dan keluarga telah memutuskan untuk memulangkan wang itu kerana kami tidak boleh, dengan hati nurani yang baik, meraih manfaat daripadanya sedangkan saya tidak dapat, atas sebab siasatan itu, melakukan tugas-tugas sebagai Menteri dan AP,” tambah Iswaran.

Dia turut mengatakan ia merupakan “perkara yang sewajarnya dilakukan untuk Singapura” dan “sejajar dengan standard integriti tinggi pemerintah”.

Dalam surat tersebut, dia juga menegaskan bahawa seandainya didapati tidak bersalah kelak, dia tidak akan menuntut agar wang itu dipulangkan semula kepadanya.

Sepanjang tempoh siasatan CPIB itu, gaji Iswaran sebagai Menteri Pengangkutan dipotong kepada $8,500 sebulan.

Ini diumumkan Encik Lee dalam Kenyataan Menteri yang disampaikan di Parlimen pada 2 Ogos 2023. Keputusan tersebut diambil setelah mempertimbangkan amalan perkhidmatan awam, jelasnya ketika itu.

Tambahan kepada gaji tersebut, Iswaran juga telah terus menerima elaun sebagai AP.

Encik Lee telah membalas kedua-dua surat Iswaran itu dengan sepucuk surat bertarikh 17 Januari 2024.

Dalam suratnya itu, Encik Lee berkata beliau “kecewa dan sedih” mantan menteri pengangkutan itu terpaksa meninggalkan politik dalam keadaan sedemikian.


“Namun, adalah penting untuk saya menangani perkara sedemikian dengan teliti mengikut undang-undang. Ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.


“Kita mesti menegakkan integriti parti dan pemerintah. Saya pasti anda memahami kepentingan berbuat demikian. Warga Singapura mengharapkan tidak kurang daripada itu,” kata Encik Lee.


Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Encik Lee berkata oleh kerana Iswaran telah meletakkan jawatan, dia tidak akan lagi menerima sebarang gaji atau elaun daripada pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >