Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Iswaran serah pasport lepas pulang ke S’pura: AGC

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran serah pasport lepas pulang ke S’pura: AGC

Mar 20, 2024 | 06:27 PM



Bekas Menteri Pengangkutan, S Iswaran, yang menghadapi tuduhan rasuah, kembali ke Singapura selepas keluar daripada hospital di Melbourne.

Dia menyerahkan pasportnya kepada pihak berkuasa di sini, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 20 Mac sebagai menjawab pertanyaan The Straits Times (ST).


Iswaran, 61 tahun, yang diikat jamin $800,000 selepas didakwa pada 18 Januari, pada mulanya dijadual berada di Australia dari 16 Februari hingga 4 Mac.

Dia diberi kebenaran meninggalkan Singapura bagi membantu anaknya yang akan melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Melbourne.

Beberapa syarat dikenakan terhadapnya, termasuk ikat jamin tambahan $500,000.

ST telah melaporkan bahawa Iswaran telah dimasukkan ke hospital swasta Cabrini Malvern kerana menghidap penyakit pernafasan.

Dia kemudian dibenarkan keluar daripada hospital itu.

Iswaran dinasihatkan oleh doktornya supaya tidak melakukan perjalanan selama 12 hari selepas keluar daripada hospital di Melbourne pada 5 Mac.

Bekas menteri itu diberi kebenaran untuk terus menetap di luar negara, tetapi perlu melaporkan diri kepada pegawai penyiasat polis setiap hari melalui panggilan video, di samping memberi kemas kini mengenai keadaan kesihatannya dan sama ada dia menghadapi masalah untuk pulang ke Singapura pada 19 Mac.

Kes Iswaran telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kesnya akan didengar dalam kamar hakim pada 2 April untuk pihak pendakwaan dan pihak pembelaan bertukar-tukar maklumat sebelum perbicaraan.

Iswaran menghadapi sebanyak 27 pertuduhan, termasuk dua pertuduhan rasuah.

Pertuduhan rasuah itu berkaitan dakwaan rasuah yang diperolehinya daripada jutawan bertaraf bilionaire, Ong Beng Seng, sebagai ganjaran kerana memajukan kepentingan perniagaan taikun hotel dan hartanah itu, berhubung satu perjanjian antara Singapore GP dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Ong, pengerusi syarikat penggalak perlumbaan Singapore GP, dikenali sebagai individu yang membawa Formula Satu (F1) ke Singapura.

Antara lain, Iswaran didakwa menerima rasuah dalam bentuk tiket ke edisi Grand Prix F1 Singapura, yang berjumlah $145,434 daripada Ong pada September 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >