Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kakitangan misi haji S’pura dikurangkan, GSA buat penyesuaian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan misi haji S’pura dikurangkan, GSA buat penyesuaian

Mar 03, 2024 | 08:37 AM



Hanya sembilan kakitangan perubatan dan pentadbiran akan mengiringi delegasi haji Singapura seramai 900 jemaah bagi musim haji 2024, turun daripada 90 musim lalu.

Ini setelah peratusan visa bagi kakitangan misi haji dikurangkan daripada 10 peratus kepada 1 peratus daripada kuota rasmi jemaah haji negara.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), ketika menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM), mengesahkan pengurangan itu.


“Individu (dalam misi haji) itu termasuk kakitangan perubatan dan pentadbiran. Kedua-duanya sama penting dalam menguruskan operasi dan kebajikan jemaah di sana,” kata jurucakap Muis tanpa memberi sebab bagi pengurangan itu.

Difahamkan perubahan itu turut dialami negara lain.

Indonesia misalnya diberi peruntukan 2,000 petugas bagi musim haji 2024 iaitu hampir 1 peratus daripada kuota rasmi 221,000 jemaah, turun daripada 4,200 petugas (2 peratus) pada tahun sebelumnya.

Beberapa ejen penjualan (GSA) pakej haji ketika dihubungi BM berkata mereka diberitahu tentang pengurangan itu pada Januari, seiring pengumuman tentang peruntukan kuota haji bagi Singapura.

GSA difahamkan perlu membuat penyesuaian ekoran pengurangan itu.

Antaranya, ejen penjualan kini perlu menyediakan seorang pegawai kebajikan – selain seorang mutawif dan seorang pemegang jawatan utama agensi – bagi menemani kumpulan jemaah mereka sepanjang menjalankan ibadah.

GSA juga dikehendaki menjalankan program kesihatan Get Fit For Haj yang perlu diikuti bakal jemaah sebagai persiapan untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan kecergasan sebelum berangkat ke Arab Saudi.


Program yang disokong Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) itu terdiri daripada lima sesi termasuk senaman fizikal dan ceramah kesihatan.

Selain itu, agensi perlu memastikan pakej haji yang ditawarkan tidak melebihi 28 hari. Ini lebih rendah berbanding pakej hingga 35 hari yang ditawarkan bagi musim Haji sebelum ini.

Sebanyak lapan GSA menawarkan sejumlah 23 pakej bagi musim haji 2024 berbanding 13 GSA yang menawarkan sejumlah 30 pakej pada 2023. Pada 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda, sejumlah 40 pakej ditawarkan oleh 31 GSA.

Satu lagi perubahan dalam operasi haji pada 2024 ialah semua GSA dikehendaki membawa jemaah masuk ke Makkah dahulu.

“Sebelum ini, agensi pelancongan diberi kebebasan untuk menentukan sama ada mahu masuk ke Makkah dahulu atau ke Madinah dahulu. Tetapi tahun ini, Muis menetapkan agar semua GSA menawarkan hanya tiga jenis pakej, dengan kesemuanya membawa jemaah memasuki Makkah dahulu. Dua daripada pakej itu tidak boleh melebihi 28 hari dan satu pakej tidak boleh melebihi 18 hari,” kata pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad.

Beliau tidak pasti sebab di sebalik pengurangan dalam peratusan visa bagi petugas haji itu tetapi berpendapat kerajaan Arab Saudi mungkin mahu memanfaatkan digitalisasi dan yakin akan keupayaan perkhidmatan perubatan dan pentadbirannya.

“Buat masa ini kami pun tidak tahu apa untuk dijangkakan kerana masih berada di peringkat awal persiapan. Tetapi kami memberi jaminan yang kami akan lakukan yang sebaik mungkin untuk menjalankan tanggungjawab kami kepada jemaah agar mereka dapat menjalani ibadah haji yang lancar,” katanya yang bakal membawa 102 jemaah.

Pengarah urusan TM Fouzy Travel & Tours, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, berkata dengan pengurangan bilangan petugas haji, GSA perlu membantu dengan keperluan kebajikan jemaah masing-masing.

“Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi semua GSA selama ini. GSA yang membawa jemaah haji pun semua sudah berpengalaman. Tiada masalah, insya-Allah,” katanya.

Kumpulan jemaah pertama dijangka berangkat ke Tanah Suci pada 3 Jun. Menurut kalendar Islam Muis, 10 Zulhijah, iaitu Hari Raya Haji, jatuh pada 17 Jun.

Muis berkata sekitar 54,000 warga Singapura kini dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji dengan sekitar lima peratus mereka berumur 18 tahun dan ke bawah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >