Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kematian warga S’pura di Sepanyol: Suspek dikenal pasti sebagai Mitchell Ong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian warga S’pura di Sepanyol: Suspek dikenal pasti sebagai Mitchell Ong

Apr 20, 2024 | 08:28 PM



Lelaki yang ditampil di mahkamah berkaitan kematian arkitek warga Singapura, Cik Audrey Fang Dirou, di Sepanyol telah dikenal pasti sebagai Mitchell Ong.

Suspek berusia 43 tahun itu dilaporkan mengenali Cik Fang, yang pernah memaklumkan seorang mantan rakan kerja mengenai Ong beberapa tahun lalu, lapor media Sepanyol, La Verdad pada 20 April.


Cik Fang, 39 tahun, dilaporkan hilang semasa bercuti di Xabia, di tenggara Sepanyol.

Mayatnya ditemui pada 10 April, di sebuah lori yang diletakkan di Abanilla di wilayah Murcia, kira-kira 150 kilometer dari hotelnya di Xabia, di mana beliau dikatakan kali terakhir dilihat masih hidup, menurut Olive Press.


Cik Fang dilaporkan ditikam lebih daripada 30 kali.

Mayatnya ditemui seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bersarapan di sebuah restoran yang terletak di lebuh raya berdekatan Abanilla. Tetapi ia tidak dapat dikenal pasti pada masa itu.

Abanilla terletak di tenggara Sepanyol dan kira-kira empat jam memandu dari ibu kota Madrid.

Suspek ditahan pada 16 April oleh Pengawal Awam di wilayah Alicante, dan mereka kemudian memindahkannya kepada rakan sekerja mereka di Murcia.

Media Sepanyol melaporkan bahawa dia tinggal di sebuah hotel di Alicante, di mana dia ditangkap.

Menurut laporan media, Ong disifatkan sebagai seorang yang berbadan sasa, dan meminati pakaian mahal.

Dia dilaporkan sering menginap di hotel mewah dan menyewa kereta mewah.

Jurucakap Pengawal Awam sebelum ini memberitahu The Straits Times bahawa suspek mungkin mempunyai hubungan romantis dengan Cik Fang.


“Kami masih menyiasat motif pembunuhan ini. Terdapat pelbagai kemungkinan motif, yang boleh bersifat ekonomi atau kes keganasan domestik,” kata jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >