Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kes Covid-19 meningkat, kemudahan rawatan kedua akan dibuka

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 meningkat, kemudahan rawatan kedua akan dibuka

Dec 15, 2023 | 08:29 PM



Sejumlah 56,043 kes Covid-19 dicatatkan di Singapura pada minggu antara 3 dengan 9 Disember, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Bilangan itu naik lebih 40 peratus daripada 32,035 kes pada minggu sebelumnya.

Purata harian kemasukan ke hospital akibat Covid-19 turut meningkat kepada 350 daripada 225 minggu sebelumnya.

Sementara itu, purata harian kes Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada sembilan kes berbanding empat pada minggu sebelumnya.

Kes yang dijangkiti oleh JN.1, iaitu sebahagian susur galur BA.2.86, kini menyumbang kepada majoriti kes Covid-19 di Singapura, tambah kementerian itu.

Dalam satu kenyataan pada 15 Disember, MOH berkata ia akan membuka Kemudahan Rawatan Covid-19 (CTF) kedua pada hujung minggu ini bagi menaikkan jumlah kapasitinya.

Kemudahan baru itu terletak di Dewan 10 Singapore Expo, bersama CTF yang sedia ada di Hospital Crawfurd.

Ia akan dapat merawat lebih 80 pesakit Covid-19 yang stabil dan yang tidak memerlukan penjagaan intensif di hospital.

Jika permintaan untuknya meningkat, kapasiti CTF di Expo akan dinaikkan lagi, tambah kementerian itu.

MOH juga berkata ia telah bekerjasama dengan hospital awam untuk perancangan kecemasan bagi memelihara kapasiti penjagaan kesihatannya.

Ini termasuk memastikan tenaga kerja mencukupi dan penangguhan rawatan elektif tidak penting untuk memaksimumkan kapasiti katil bagi kes mendesak yang memerlukan penjagaan akut.

Di samping itu, hospital turut memanfaatkan kemudahan penjagaan bertaraf lebih rendah atau step-down seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan dan Penjagaan Pesakit Rawat Inap Mudah Alih di Rumah atau MIC@Home.


MOH juga meminta orang ramai untuk mengamalkan tanggungjawab peribadi dan sosial.

“Individu yang tidak sihat dengan simptom jangkitan pernafasan akut perlu duduk di rumah sehingga gejala hilang, dan elakkan kontak dengan orang lain. 

“Jika mereka perlu keluar semasa tidak sihat, mereka perlu menjalankan tanggungjawab sosial dengan memakai pelitup, mengurangkan interaksi sosial mereka serta mengelakkan tempat sesak,” kata MOH.

MOH berkata lagi ia “sangat  menggalakkan” orang ramai agar memakai pelitup di tempat sesak walaupun mereka tidak sakit, terutamanya di persekitaran dalam bangunan, atau semasa melawat atau berinteraksi dengan orang mudah terdedah pada penyakit.

“Kami menggesa orang ramai untuk hanya mendapatkan rawatan perubatan di jabatan kecemasan hospital untuk kecemasan serius atau yang mengancam nyawa. 

“Ini akan memelihara kapasiti hospital kita untuk pesakit yang benar-benar memerlukan penjagaan hospital akut dan membolehkan mereka yang mempunyai penyakit serius untuk menerima rawatan tepat pada masanya,” tambah MOH. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >