Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ketua WP Pritam Singh hadapi 2 tuduhan bohong; minta dibicara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua WP Pritam Singh hadapi 2 tuduhan bohong; minta dibicara

Didakwa bohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen yang siasat isu bekas AP Raeesah Khan; Faisal Manap hanya diberi nasihat polis
Mar 19, 2024 | 04:19 PM



Ketua Pembangkang Pritam Singh telah dikenakan dua tuduhan pada 19 Mac kerana berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).

Beliau, yang juga Ketua Parti Pekerja (WP), dikenakan tuduhan itu setelah polis membuka siasatan berhubung keterangannya kepada COP susulan kontroversi melibatkan bekas Anggota Parlimen Raeesah Khan pada 2021.

Cik Raeesah didapati berbohong setelah menyatakan kepada Parlimen pada Ogos 2021 bahawa beliau menemani mangsa serangan seksual ke balai polis, di mana mangsa diperlakukan secara tidak sensitif.

Beliau kemudian mengaku hal itu tidak benar kepada kepimpinan WP dan sebaliknya mengetahui pengalaman mangsa terbabit daripada sesi sokongan kumpulan.

Cik Raeesah meletak jawatan sebagai AP dan anggota WP pada 30 November 2021.

Pada Februari 2022, jawatankuasa itu mengesyorkan agar beliau didenda $25,000 dan $10,000 kerana menyatakan perkara tidak benar di Parlimen dalam dua kejadian berasingan – pada 3 Ogos 2021 dan 4 Oktober 2021.

Pada masa yang sama, ia turut mengesyorkan Encik Pritam dirujuk kepada pendakwa raya untuk siasatan lanjut dengan tujuan untuk mempertimbangkan prosiding jenayah. Ia kemudiannya disokong oleh Parlimen.

Ini setelah Encik Pritam didapati tidak jujur semasa dipanggil sebagai saksi oleh jawatankuasa COP.

Encik Pritam hadir di Mahkamah Negara sekitar 10.45 pagi pada 19 Mac dan tidak diwakili peguam apabila tuduhan dibacakan.

Beliau membuat pengakuan tidak bersalah atas dua tuduhan di bawah Seksyen 31(q) Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) itu dan menuntut agar perbicaraan diadakan.

Di bawah akta itu, memberi jawapan palsu atau berbohong kepada soalan yang diajukan oleh jawatankuasa Parlimen ialah kesalahan jenayah. Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum $7,000 dan/atau dipenjara hingga tiga tahun.

Kesnya akan didengar dalam sidang praperbicaraan pada 17 April dan beliau akan menggunakan khidmat peguam bela.

Secara berasingan, pihak pendakwa memutuskan untuk tidak mengenakan tuduhan ke atas Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Faisal Manap, setelah mengambil kira keseluruhan bukti, menurut satu kenyataan bersama Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 19 Mac.

Ini setelah jawatankuasa itu turut merujuk Encik Faisal supaya disiasat bagi kesalahan jenayah setelah beliau enggan menjawab pertanyaan yang diajukan COP.

Namun, kenyataan itu menambah pihak polis telah mengeluarkan nasihat kepada Encik Faisal pada 18 Mac agar beliau “membiasakan diri dengan tata kelola yang dijangkakan bagi Anggota Parlimen” di bawah akta tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Encik Faisal akur dengan nasihat tersebut.

Di bawah akta itu, tindakan enggan menjawab soalan yang berkaitan dan berdalih sebagai saksi boleh menjadi kesalahan yang boleh dikenakan denda sehingga $5,000 dan penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Daripada kertas pertuduhan, Encik Pritam dituduh telah memberi jawapan palsu kepada soalan yang diajukan oleh COP semasa sidang pada 10 Disember dan 15 Disember 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >