Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kunjungan Raya menteri S’pura ke Brunei perkukuh hubungan 40 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kunjungan Raya menteri S’pura ke Brunei perkukuh hubungan 40 tahun

Apr 14, 2024 | 02:52 AM



Hubungan istimewa antara Singapura dan Brunei lebih diperkukuh dengan kededua pihak mengulangi kesediaan memberi komitmen untuk memperluas dan mendalami kerjasama dua hala merentasi berbilang sektor.

Jalinan kerjasama ini diutuhkan lagi dengan kunjungan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), ke Brunei Darussalam untuk bertemu Sultan Hassanal Bolkiah bagi menyampaikan ucapan Hari Raya bagi pihak pemimpin Singapura.

Dalam satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 13 April, Dr Maliki dan Sultan Hassanal Bolkiah dikatakan turut membincangkan inisiatif bersama bagi meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Brunei pada 2024.

Dr Maliki turut menemui Putera Mahkota Brunei, Putera Haji Al-Muhtadee Billah, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri.

Menurut MFA lagi, Dr Maliki melahirkan kepuasan dengan jalinan utuh dan substantif antara kededua negara.

Mereka juga akur pada kemajuan pelbagai Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai sewaktu kunjungan negara Sultan Hassanal Bolkiah ke Singapura pada Ogos 2022 termasuk dalam urusan Biasiswa Pendidikan Belia Brunei Darussalam-Singapura serta Kerjasama Dalam Pembangunan Keupayaan Khidmat Awam.

Dalam hantaran di Facebook pada 14 April, Dr Maliki berkata beliau mengalu-alukan kedatangan Putera Al-Muhtadee Billah ke Singapura bagi Program Pemimpin Muda ke-10 lewat 2024 bagi perbincangan dan kerjasama lanjutan untuk direalisasikan.

Beliau juga menceritakan pengalamannya berkunjung ke Kampong Ayer di mana beliau dan Menteri Ehwal Dalam Negeri Brunei, Datuk Ahmaddin Rahman, telah melancarkan projek Persatuan Singapura di Brunei dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri Brunei untuk memperbaharui prasarana lama di Kampong Ayer.

“Bagi meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik (antara Singapura dengan Brunei), Persatuan Singapura di Brunei telah mengumpulkan dana melebihi $40,000 untuk membangun semula prasarana lama di empat daerah sekitar Brunei termasuk salah satu jambatan di Kampong Ayer.

“Saya gembira bahawa jambatan yang dibangunkan semula ini akan lebih memudahkan urusan perjalanan penduduk Kampong Ayer dan kehidupan seharian mereka pada masa akan datang.

“Inisiatif dari bawah yang diusahakan masyarakat Singapura kita di Brunei menggambarkan penghargaan mendalam mereka kepada layanan baik tuan rumah Brunei yang lain serta rakan seiring jalan mereka di samping keinginan ikhlas mereka menyumbang kepada masyarakat tempatan di Brunei,” tambah Dr Maliki.

Baginya, Hari Raya bukan sahaja masa meraikan tetapi berkongsi dan memberi.


“Saya selalu rasa.bersemangat melihat warga Singapura di rantauan menunjukkan semangat gotong-royong dengan menyumbang secara aktif kepada masyarakat tempatan.


 “Marilah kita menetapkan matlamat untuk menjadi masyarakat yang dikenali kerana sikap murah hatinya, di mana sahaja kita berada dalam dunia ini!” tambah Dr Maliki.

Beliau berada di Brunei antara 11 hingga 15 April bagi kunjungan tahunan sempena Hari Raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >