Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kurang pembeli flat jualan semula bayar COV pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang pembeli flat jualan semula bayar COV pada 2023

Penyederhanaan pasaran hartanah dijangka berterusan: Desmond
Jan 15, 2024 | 03:37 PM



Pembeli yang membayar wang tunai atas taksiran (COV) bagi flat jualan semula mereka pada 2023 berkurangan, dengan sekitar 15 peratus pembeli membayar COV dalam tiga bulan terakhir 2023.

Ini berkurangan daripada hampir 30 peratus pembeli yang membayar COV dalam tempoh sama pada 2022, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada 1 Januari.

COV ialah perbezaan antara harga jualan flat dan penilaian HDB sebenar, yang hanya boleh dibayar secara tunai oleh pembeli.

Dalam ucapannya di seminar Persekitaran Terbina dan Prospek Hartanah BCA-Redas (Persatuan Pemaju Hartanah Singapura), Encik Lee berkata jumlah median COV yang dibayar kekal stabil kira-kira $30,000, lapor The Straits Times.


Secara keseluruhannya, kadar kenaikan harga hartanah telah menjadi sederhana, tambahnya, memetik bahawa harga jualan semula HDB meningkat 4.8 peratus pada 2023 berdasarkan anggaran kilat – kurang separuh daripada lonjakan 10.4 peratus pada 2022.

“Kami menjangka penyederhanaan dalam pasaran hartanah ini akan berterusan,” kata Encik Lee, mengulangi mesej Tahun Baru Perdana Menteri Lee Hsien Loong bahawa ketidaktentuan geopolitik akan terus membebankan ekonomi global pada 2024, yang memberi kesan kepada kegiatan ekonomi global, termasuk di Singapura.

Tambahan pula, kadar gadai janji domestik kini berada di antara 3.7 peratus dengan 4.4 peratus dan dijangka kekal tinggi. Ini boleh memberi kesan kepada pemilik rumah sedia ada dan bakal pembeli rumah, serta firma yang mempunyai leveraj berlebihan atau mempunyai terlalu banyak hutang.

Encik Lee menggesa pembeli supaya berhemat dalam pembelian mereka kerana “harga perumahan tidak mungkin mengekalkan momentum yang mereka lihat dalam tempoh tiga tahun lalu.”

Meskipun terdapat cabaran, pasaran perumahan menyaksikan lonjakan bekalan pada 2023, dengan 43,000 rumah – termasuk 21,400 flat HDB – siap.

“Ini adalah bilangan terbesar rumah yang disiapkan merentas pasaran HDB dan privet pada satu-satu tahun sejak 2018,” kata Encik Lee.

“Ia agak luar biasa, memandangkan sektor persekitaran binaan baru sahaja muncul daripada pandemik.”

Pandemik Covid-19 mengganggu bekalan rumah sejak empat tahun lalu. Pada masa sama, permintaan kekal kukuh.

Sesetengah orang bimbang tentang kelewatan penyiapan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dan memutuskan untuk beralih kepada pasaran jualan semula.

Perubahan demografi dalam masyarakat dan saiz isi rumah yang lebih kecil turut menyumbang kepada permintaan, mengakibatkan kenaikan harga jualan semula HDB dan perumahan privet, serta kadar permohonan BTO yang tinggi, kata Encik Lee.

Pemerintah memperkenalkan pelbagai langkah, termasuk menaikkan cukai setem pembeli tambahan pada 2023 dan menambah bekalan baru BTO dan perumahan privet, yang membantu menangani ketidakseimbangan bekalan dan permintaan, kata Encik Lee.

Beliau berkata permintaan telah mula stabil di kedua-dua sektor, HDB dan privet.

Sebagai contoh, pada 2023, urus niaga perumahan privet dan urus niaga jualan semula HDB masing-masing turun sekitar 13 peratus dengan 4 peratus, berbanding tahun sebelumnya.

Kadar permohonan BTO dalam kalangan keluarga kali pertama bagi semua jenis flat telah stabil, dengan 1.9 pemohon kali pertama bagi setiap flat pada 2023, turun daripada 3.7 pada 2019.

Pada 2023, harga jualan semula HDB meningkat 4.8 peratus, kurang separuh daripada kenaikan 10.4 peratus pada 2022, kata Encik Lee.

“Kami kekal di landasan untuk menyiapkan 28,000 rumah lagi tahun ini dan 24,000 rumah tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhan hampir 100,000 rumah privet dan awam antara 2023 dan 2025,” tambah Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >