Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih banyak syarikat Jerman minat kembang ke Asean melalui S’pura: DPM Wong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak syarikat Jerman minat kembang ke Asean melalui S’pura: DPM Wong

Mulakan lawatan ke Jerman dengan temui Presiden Steinmeier, pemimpin industri di Berlin
Apr 09, 2024 | 02:11 PM



BERLIN: Terdapat minat yang semakin meningkat dalam kalangan syarikat Jerman untuk berkembang ke Asean dengan menggunakan Singapura sebagai pintu masuk ke rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.


Beliau berkata demikian dalam satu hantaran Facebook pada 9 April menyusuli pertemuannya dengan Presiden Jerman, Dr Frank-Walter Steinmeier, dan beberapa ketua industri negara itu pada 8 April.







“Kami mengalu-alukan kehadiran Jerman yang semakin meningkat di rantau ini dan mengalu-alukan untuk kerjasama sebagai rakan kongsi,” kata beliau dalam hantaran itu.

Menurut Encik Wong, sekarang terdapat lebih 2,300 syarikat Jerman di Singapura, termasuk Bosch, Deutsche Post DHL dan Infineon Technologies.

Encik Wong dalam rangka lawatan rasmi beliau yang pertama ke Eropah sejak menjadi DPM pada 2022.

Beliau memulakan lawatan itu dengan mengunjungi Berlin dari 8 hingga 10 April, sebelum ke Paris dari 10 hingga 13 April.

Dalam pertemuannya bersama Dr Steinmeier, Encik Wong berkata mereka “bertukar-tukar pandangan yang baik tentang cara Singapura dan Jerman boleh mengemudi dunia yang semakin kompleks, sedang negara-negara yang berfikiran sama berusaha untuk mengukuhkan multilateralisme dan sebuah aturan dunia yang berasaskan peraturan”.

Dua pemimpin itu sebelum ini bertemu pada 2022 ketika Dr Steinmeier berada di Singapura dalam satu lawatan kerja rasmi selama dua hari.

Pada 9 April, Encik Wong bakal bertemu Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, dan Naib Canselor merangkap Menteri Ehwal Ekonomi dan Tindakan Iklim, Dr Robert Habeck.

Beliau turut dijadualkan menghadiri sebuah majlis jamuan bersama warga Singapura di Jerman.

Menurut The Business Times (BT), pelaburan Jerman di Singapura berjumlah $26.2 bilion pada akhir 2022.


Jerman rakan dagangan barangan terbesar Singapura di Kesatuan Eropah (EU), dengan jumlah perdagangan dua hala bagi barangan dan perkhidmatan melebihi $37 bilion pada 2023.

Ia juga merupakan destinasi pelaburan ketiga terbesar bagi Singapura di EU.

Singapura mempunyai saham pelaburan berjumlah $6.6 bilion di Jerman, terutamanya dalam industri kewangan dan insurans.

Dalam satu kenyataan pada 7 April, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata di Paris, Encik Wong akan bertemu Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, dan Menteri Ekonomi, Kewangan, Industri dan Kedaulatan Digital, Encik Bruno Le Maire.

Beliau juga akan menghadiri acara pembukaan pejabat Temasek di Paris, bertemu pemimpin perniagaan Perancis dan menghadiri sebuah majlis jamuan bersama warga Singapura di negara itu.

Encik Wong akan diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dalam lawatan ke Perancis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >