Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lelaki S’pura libat dalam sindiket dadah, dipenjara di Korea S

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki S’pura libat dalam sindiket dadah, dipenjara di Korea S

Dec 14, 2023 | 06:50 PM



Seorang lelaki warga Singapura yang dikehendaki kerana penglibatannya dalam pengedaran dadah telah ditangkap di Korea Selatan, di mana dia terbabit dalam sindiket dadah rentas negara dengan menjual dadah menggunakan aplikasi sembang tersulit.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Disember, Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura menyatakan bahawa lelaki berusia 37 tahun itu telah ditahan di Seoul pada 9 April dan telah dijatuhi hukuman penjara.

Dia ditangkap oleh Agensi Polis Metropolitan Seoul (SMPA) bersama tiga lagi rakannya. Dua daripada rakan lelaki itu ialah wanita warga Singapura dan seorang lagi ialah wanita warga asing.

Lelaki tersebut disyaki terlibat dalam tindakan menyelaras, menyeludup dan menjual dadah menggunakan aplikasi sembang tersulit.

​​Menurut media Korea Selatan, yang menukil kenyataan SMPA Seoul pada 14 Disember, lelaki itu mengetuai satu rangkaian dadah antarabangsa yang berpangkalan di Seoul. Dia kemudian mengedar dadah di Singapura dan Vietnam melalui Telegram.

Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa Korea Selatan membongkar rangkaian asing melibatkan penjualan dadah merentas negara, yang berpangkalan di negara itu.

Rekod imigresen menunjukkan lelaki itu telah meninggalkan Singapura sejak 12 November 2021.

Risikan CNB menunjukkan lelaki itu telah menubuhkan satu pangkalan di Korea Selatan untuk mengedar dadah. CNB menghubungi Perkhidmatan Perisikan Nasional (NIS) Korea Selatan dan SMPA untuk melakukan siasatan bersama terhadap kegiatan dadah lelaki tersebut.

Lelaki itu didakwa di atas kesalahan berkaitan dadah di Korea Selatan dan telah dijatuhi hukuman penjara.

Setelah hukuman penjara lelaki itu di Korea Selatan selesai, CNB akan bekerjasama dengan NIS dan SMPA untuk memudahkan penghantaran pulang ke Singapura.

Sementara itu, siasatan lanjut akan dijalankan di Singapura berkenaan tindakannya yang disyaki terlibat dalam menyelaras dan membekalkan dadah di Singapura.

Dalam mengucapkan penghargaan kepada rakan sejawatan CNB di Korea Selatan, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) yang juga Timbalan Pengarah CNB (Operasi), Encik Leon Chan, berkata:

“Pengedaran dadah adalah isu rentas sempadan yang memberi kesan besar kepada banyak negara, dan pengedar dadah semakin kerap menggunakan aplikasi sembang yang tersulit untuk mengiklankan penjualan dadah kepada pelanggan baru dan mengatur penghantaran dadah.

“Kejayaan pihak berkuasa menahan pesalah dalam kes ini adalah bukti hubungan baik dan kerjasama erat antara CNB, NIS, dan SMPA dalam menangani pengedaran dadah yang melibat rentas negara.

“Bagi pemimpin dan ahli sindiket dadah yang memilih untuk terlibat dalam aktiviti dadah yang boleh merugikan penduduk Singapura, CNB akan berusaha untuk membawa mereka ke muka pengadilan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >