Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lipas ‘cyborg’ buatan S’pura boleh bantu dalam misi menyelamat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lipas ‘cyborg’ buatan S’pura boleh bantu dalam misi menyelamat

Apr 03, 2024 | 05:15 PM



Sekumpulan lipas merangkak masuk dan keluar dari celah kecil dalam pameran dengan runtuhan simulasi di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.

Namun, tidak seperti lipas biasa, mereka merupakan hibrid robot-serangga yang dipasang dengan kamera inframerah dan siri penderia untuk digunakan dalam misi mencari dan menyelamat.

Lipas jenis Madagascar hissing cockroach itu kecil – berukuran sekitar enam sentimeter apabila besar sepenuhnya – dan boleh keluar masuk ceruk kecil sambil menggunakan jumlah kuasa yang minimum berbanding robot kecil.


Sekumpulan lipas sedemikian yang dilepaskan ke dalam runtuhan dapat mengesan kehidupan melalui kamera inframerah dan ini dapat membantu menyediakan responden barisan depan dengan maklumat kritikal dalam situasi kecemasan seperti gempa bumi, lapor The Straits Times.


Lipas ‘cyborg’ itu sedang dibangunkan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) bersama Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Klass Engineering and Solutions.

Sebanyak 10 lipas ‘cyborg’ sedemikian telah dipamerkan pada Sidang Kemuncak Milipol Asia-Pasifik dan TechX, yang diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands dari 3 hingga 5 April.

Acara itu julung-julung kali dianjurkan oleh HTX, konsortium GIE Milipol dan syarikat acara Comexposium Singapore di bawah naungan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Dalam Negeri Perancis.

Ia diadakan dua tahun sekali.

Pameran perdagangan itu mempamerkan inovasi terkini dalam keselamatan tanah air, manakala sidang kemuncak itu menjadi tuan rumah kepada pegawai pemerintah terkemuka, pemimpin industri dan ahli akademik.

Mereka dijadual membincangkan isu seperti ancaman keselamatan yang muncul dan teknologi keselamatan baru.

Lebih 10,000 peserta dari seluruh dunia dijangka hadir pada acara bertema, ‘Inovasi Penjanaan: Masa Depan Yang Selamat Dan Terjamin’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >