Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

LTA sasar kurangi jejak karbon dengan reka bentuk stesen MRT baru diperbaiki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA sasar kurangi jejak karbon dengan reka bentuk stesen MRT baru diperbaiki

Dec 07, 2023 | 06:58 PM



Reka bentuk stesen MRT bagi Laluan Jurong Region (JRL) dan Laluan Cross Island (CRL) sedang disemak bagi mengurangkan kegunaan bahan, sekali gus mengurangkan jejak karbon bangunan sedemikian.

Untuk JRL, yang akan dibuka secara berperingkat mulai 2027, sasarannya adalah untuk mengurangkan jumlah hasil penyiapan seni bina seperti pelapisan dan siling sebanyak 10 peratus, jelas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Menurut The Straits Times (ST), LTA juga sasarkan untuk mengurangkan bilangan panel siling di stesen pada fasa kedua dan ketiga CRL sebanyak 25 peratus, serta meningkatkan penggunaan bahan hijau alternatif.


Stesen sedemikian akan mula beroperasi menjelang 2030-an.

Semakan reka bentuk tersebut membentuk sebahagian daripada rancangan yang digariskan dalam laporan kemampanan pertama LTA pada 7 Disember.

Laporan itu, yang akan diterbitkan setiap tahun, menetapkan inisiatif bagi mengurangkan jejak karbon Singapura dari aspek pengangkutan darat – daripada menggalakkan kenderaan elektrik kepada memperluas rangkaian kereta api, antara lain.

LTA berkata ia memerlukan kontraktor untuk menggunakan konkrit karbon rendah untuk projek CRL fasa dua dan kontrak pembaharuan semula laluan pejalan kaki.

Matlamatnya adalah untuk mengurangkan pelepasan karbon sekurang-kurangnya 20 peratus berbanding menggunakan konkrit biasa.

Konkrit rendah karbon menggunakan bahan kitar semula atau bahan buangan dan bukannya simen, yang dikatakan sebagai sumber utama pelepasan rumah hijau.

Dalam penghasilan simen konvensional, karbon dioksida dibebaskan semasa proses kimia dan apabila tenaga digunakan untuk membuat bahan tersebut.

Dari segi penggunaan kenderaan elektrik (EV), kenderaan sedemikian menyumbang 11.8 peratus daripada pendaftaran kereta baru setakat Disember 2022.

Jumlah tersebut adalah 0.2 peratus lebih tinggi berbanding 2020. Pada Ogos 2023, EV merangkumi 23 peratus daripada semua pendaftaran kereta baru.

Kerja-kerja juga sedang dijalankan untuk memasang kipas bersama-sama dengan sistem pendingin hawa dalam fasa keempat dan kelima Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan peringkat keenam Laluan Circle (CCL), antara projek lain.

Penyusunan sedemikian dijangka membolehkan suhu penyaman udara yang lebih tinggi bagi mengurangkan penggunaan tenaga, tanpa menjejas keselesaan penumpang.

Pengerusi LTA, Encik Alan Chan, berkata sungguhpun terdapat peningkatan terhadap keperluan untuk mengangkut individu dan barangan – yang barangkali bermakna permintaan lebih besar untuk penggunaan tenaga – inisiatif seperti mengawal jumlah kenderaan di Singapura telah bantu mengurangkan pelepasan bagi pengangkutan darat berbanding paras tertinggi yang dicatatkan pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >