Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Manfaatkan qiamullail sempena Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Manfaatkan qiamullail sempena Ramadan

Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Qiamullail merupakan ibadah yang sangat dianjurkan dalam Islam. Seperti sabda Nabi Muhammad saw: “Sesiapa yang melakukan qiamullail Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari)


Secara harfiah, qiamullail ditakrifkan sebagai perbuatan bangun pada malam hari, yang merupakan salah satu wasilah mendekatkan diri kepada Tuhan dan penghapus terhadap setiap kesalahan yang dilakukan.

Sempena merebut ganjaran pada bulan Ramadan ini, Masjid Hasanah tidak ketinggalan memakmurkan masjid dengan program khas, Ramadan Youth Qiam, yang dijalankan kepada belia berusia antara 14 tahun dengan 18 tahun.


Dianjurkan pada 28 dan 29 Mac 2024 di Masjid Hasanah, pihak masjid dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Ayer Rajah telah memulakan langkah untuk mendekati golongan belia, khususnya di Kawasan Teban dan Pandan Gardens.

Menurut Pegawai Agama Masjid Hasanah dan juga Ketua Belia Masjid Hasanah, Ustaz Muhammad Fazli Naim, 40 tahun, program yang mendapat sokongan M Kuasa Tiga (M3), iaitu usaha sama antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Mendaki dengan Mesra ini, bertujuan memberi pengalaman sunah qiamullail, di samping memperkuatkan kerohanian dan meningkatkan penglibatan belia dalam kegiatan masjid semasa bulan Ramadan.


Mengulas mengenai salah satu acara pada hari tersebut, Ustaz Fazli berkata: “Antaranya, kami mengadakan kegiatan berkumpulan di luar masjid, yang dikenali sebagai ‘fun activity’. Ia menyeronokkan kerana para belia dapat bersaing dan membuat pembentangan mengenai perjalanan atau pelajaran yang mereka dapati pada akhir kegiatan tersebut.”

Harapan Masjid Hasanah, agar ibu bapa dapat terus memberi sokongan dan menggalakkan anak-anak mereka menyertai program seperti ini supaya golongan remaja dapat didedahkan dengan amalan dan kegiatan yang sihat.

Masjid Hasanah juga mengalu-alukan kedatangan jemaah untuk sama-sama memakmurkan masjid, terutama sekali pada 10 malam terakhir bulan Ramadan bagi meraih keutamaan ganjaran lailatulqadar. Masjid Hasanah juga akan menyediakan makanan sahur bagi jemaah yang hadir menyertai qiamullail bersama.

Beliau turut berkata: “Marilah bersama-sama mengambil peluang dalam bulan Ramadan ini dengan memperbanyak bacaan Al-Quran, berzikir dan melakukan amal jariah seperti mewakafkan harta melalui wang ringgit atau menderma barang kemas, hasil peninggalan orang yang disayangi bagi Projek Naik Taraf Masjid Hasanah.”

HULUR DERMA


Cara menderma kepada dana masjid:

1. Bagi derma $500 ke atas, sila hubungi masjid untuk khidmat pengambilan dari rumah sepanjang bulan Ramadan.

2. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

3. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang ‘rujukan’ dengan ‘Wakaf’ atau ‘Infak’. Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.

4. Melalui cek atas nama “LPM Hasanah”. Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek yang dikirimkan.

5. Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat masjid di talian +65 6561-7990, Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 1 tengah hari).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >