Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Mayat wanita 58 tahun ditemui terapung di perairan Taman Kallang Riverside

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat wanita 58 tahun ditemui terapung di perairan Taman Kallang Riverside

Mar 30, 2024 | 02:47 PM



Mayat seorang wanita ditemui terapung-apung di perairan Taman Kallang Riverside pada 30 Mac.

Polis menjelaskan bahawa pihaknya mendapat panggilan meminta bantuan pada 7.15 pagi.

Mayat wanita berusia 58 tahun kemudian ditemui.

Beliau disahkan mati di tempat kejadian oleh pegawai paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura.

Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan menganiaya.

Siasatan kini sedang dijalankan.

Pada 11 Mac lalu, mayat seorang lelaki berusia 51 tahun ditemui di perairan Senoko Way, berhampiran daerah Woodlands.

Polis menjelaskan pihaknya diberitahu mengenai kes yang disyaki merupakan kejadian lemas pada 3.24 petang.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang pegawai paramedik dengan polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan aniaya berdasarkan siasatan awal.

Akhbar Malaysia, Sin Chew Daily, melaporkan lelaki itu yang dipercayai warga Malaysia bekerja sebagai pemandu kereta sewa sebagaimana yang disahkan polis Johor.


Keretanya ditemui di jambatan sekitar Permas Jaya, Johor, sekitar 6 pagi pada 11 Mac. Kad pengenalan dan telefon bimbitnya ditemui di kereta itu, kata polis Johor kepada Sin Chew Daily.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >