Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Membangun potensi belia melalui kegiatan masjid

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Ar-Raudhah luaskan khidmat melalui sayap belia
agar golongan muda hulur bantuan kepada masyarakat

Membangun potensi belia melalui kegiatan masjid

Mar 22, 2024 | 05:31 AM



Galak penglibatan warga muda ke masjid. Golongan belia hendaklah digalakkan datang ke masjid bukan sahaja untuk mendorong mereka melakukan lebih banyak ibadah, malah membuka lebih banyak peluang bagi mereka berbakti kepada masyarakat Islam Singapura.

Demikian seruan pegawai pembangunan belia Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Muhammad Haziq Abdul Rahman, dalam usahanya mahu meluaskan khidmat dan peranan belia di masjid.

Justeru, antara daya usaha yang telah diambil sebelum bulan Ramadan ini ialah mendapatkan sekumpulan belia di bawah sayap belia masjid itu yang dinamakan Al-Fateh Ar-Raudhah, supaya membantu mengemas rumah salah seorang penerima bantuan zakat di masjid tersebut.

Antara perkara yang telah dilakukan termasuk juga mengecat ruang tamu, pintu masuk rumah dan menyusun semula perabot di rumah itu.

Selain itu, mereka juga tidak melupakan jemaah yang kurang berkemampuan yang datang ke masjid untuk melaksanakan ibadah pada bulan Ramadan dengan menghulurkan bantuan yang mereka perlukan.

Selain itu, Ustaz Muhammad Haziq dan para belia tersebut telah turut menunaikan solat tarawih setiap Rabu di rumah jagaan Renci untuk mereka yang kurang upaya dan lanjut usia dan memerlukan jagaan lebih rapi. Setiap kali di sana, mereka menunaikan solat tarawih lapan rakaat diikuti dengan solat witir tiga rakaat bersama penghuni yang berdaya dan kakitangan Islam di sana.

Tujuan mengadakan program itu ialah mahu membawa rahmat bulan Ramadan kepada semua, kata Ustaz Muhammad Haziq.

“Sempena Ramadan ini, pihak Masjid Ar-Raudhah melibatkan warga muda daripada Al-Fateh Ar-Raudhah, agar membantu mengecat dan menyusun semula barangan dan perabot di rumah salah satu penerima zakat di masjid ini.

“Selain itu, pada setiap hari Rabu, dengan rela hati, belia-belia masjid ini juga akan bersolat tarawih dan berwitir bersama warga lanjut usia dan kurang upaya di pusat jagaan Renci,” jelas Ustaz Muhammad Haziq.

HULUR BANTUAN


Bantuan kepada Masjid Ar-Raudhah, boleh dilakukan melalui:

1. PayNow ke UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Kiriman cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan poskan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.

6. Hubungi talian +65 6899 5840 atau layari arraudhahmosque.com untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >