Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Menteri jabatan antarabangsa China temui DPM Wong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri jabatan antarabangsa China temui DPM Wong

Mar 26, 2024 | 04:28 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bertemu Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China, Encik Liu Jianchao, di bangunan The Treasury pada 26 Mac.

Encik Liu sedang mengadakan lawatan ke Singapura.

Kededua pemimpin melahirkan keyakinan Singapura dan China akan terus meningkatkan rentak kerjasama dua hala, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dua negara itu serta di peringkat serantau, kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.







“Lawatan Encik Liu membina atas pembangunan positif hubungan Singapura-China, yang telah dipertingkatkan kepada ‘Kerjasama Menyeluruh, Bermutu Tinggi dan Berorientasi Masa Depan’.

“Kami juga terus melihat pelbagai pertukaran lawatan di semua peringkat,” kata Encik Wong dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam lawatan terakhir Encik Wong ke China pada Disember 2023 untuk menghadiri Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala, Naib Perdana Menteri China, Encik Ding Xuexiang, dan Encik Wong bersetuju melanjutkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital dan hijau, serta ketersambungan kewangan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >