Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

MOE akan kemas kini bahan pengajaran isu konflik Israel-Hamas dengan maklumat terbaru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE akan kemas kini bahan pengajaran isu konflik Israel-Hamas dengan maklumat terbaru

Chun Sing: Kaedah pengajaran akan turut dikembangkan,
ambil maklum balas pihak berkepentingan
Feb 25, 2024 | 08:00 PM



Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus mengemas kini bahan pengajaran bagi Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) berhubung konflik Israel-Hamas berdasarkan perkembangan dan maklumat terbaru, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Kementerian tersebut juga akan mengembangkan kaedah pengajaran dengan mengambil maklum balas daripada pihak berkepentingan, kata beliau dalam satu wawancara khas dengan SPH Media dan Mediacorp di ibu pejabat kementerian tersebut pada 25 Februari.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rasa kurang senang sesetengah anggota masyarakat khususnya ibu bapa tentang bahan pendidikan tersebut yang diajarkan kepada para pelajar di sekolah.

Pelajaran tersebut, yang difahamkan bermula Februari 2024, diajarkan kepada pelajar Darjah 5, Darjah 6, sekolah menengah dan prauniversiti.

Jumaat lalu, MOE menjelaskan bahawa pihaknya mendedahkan para pelajar kepada peperangan Israel-Hamas sebagai sebahagian kelas CCE dengan tujuan menyediakan ruang selamat untuk pelajar memahami situasi yang rumit itu.

Di samping itu, ia membolehkan mereka membentuk pandangan sendiri, menghargai pelbagai perspektif berbeza, memahami maklumat tentang isu itu dan situasi tersebut daripada perspektif Singapura, termasuk perlunya memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara, kata MOE.

Menurut Encik Chan, beliau memahami keprihatinan ibu bapa tentang isu tersebut.

“Seperti anda semua, MOE juga mahu melakukan yang terbaik bagi para pelajar kita,” ujar beliau.

Encik Chan berkata sejak beberapa hari lalu, beberapa ibu bapa telah menyuarakan keprihatinan tentang perbincangan konflik Israel-Hamas semasa kelas CCE. Ada yang bertanya mengapa ia dilakukan, bagaimana ia dilakukan dan adakah ia dilakukan secara adil.







Beliau akur konflik yang rumit ini dibelenggu sejarah berpanjangan melibatkan kaum, agama, politik dan geopolitik. Setiap kali konflik itu tercetus semula, banyak jiwa terkorban.

“Rakyat kita terkesan. Bukan sahaja masyarakat Melayu-Islam bahkan juga Yahudi. Ramai bertanya, termasuk orang muda kita, mengapa ini berlaku? Apa yang boleh kita lakukan?” ujar Encik Chan.

Tambah beliau, beberapa orang turut terjejas secara emosi.

“Warga Singapura telah sebahagian besarnya mampu mengawal diri dan saling menghormati dalam perkara ini. Masyarakat kita dan pemimpin agama telah mengorak langkah untuk membimbing masyarakat kita dan tindak balas kolektif.

“Contoh yang baik ialah Mufti dan Ketua Rabai kami, dan kita berterima kasih kepada pemimpin seperti mereka,” katanya.

Menambah, beliau berkata walaupun konflik ini mungkin jauh dari segi geografi, Singapura berusaha keras untuk tidak membiarkan isu itu memecahbelahkan rakyat atau fabrik sosial dan keharmonian yang terbina dengan susah payah.

Memberi contoh, beliau berkata pihaknya telah melihat contoh individu termasuk yang lebih muda, menjadi panas baran dalam perbualan. 

Banyak maklumat tidak disahkan. Imej dan maklumat salah pula diedarkan di media sosial, sekali gus membangkitkan emosi yang kuat.

“Ada juga orang memberitahu kami apa yang patut atau tidak patut kami ajarkan kepada anak-anak kita tentang isu ini.

Oleh itu, kita harus berhati-hati agar tidak menanam benih kebencian dan ketidakpercayaan dalam generasi muda kita,” katanya.

Justeru, rakyat perlu memahami kelemahan dan kepentingan Singapura, dan bekerja keras untuk memelihara perpaduan, toleransi dan penerimaan bersama, dan mencari jalan untuk memelihara keharmonian masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Menurut Encik Chan, sebagai rakyat Singapura, MOE amat menghargai latar belakang masyarakat yang pelbagai tetapi anggota masyarakat tidak boleh membiarkan diri mereka berpecah kerana perbezaan.

“Inilah sebabnya kami ingin mewujudkan sekitaran selamat untuk pelajar kita memahami isu-isu yang berlaku di dunia sekeliling mereka,” katanya.

Menurut beliau, untuk membangun fabrik sosial dan perkembangan anak-anak, pendidikan CCE telah dilakar untuk mencapai empat matlamat berikut:

Pertama, membantu murid untuk memahami emosi mereka dan bersikap empati terhadap orang lain.

Kedua, memelihara perpaduan dan keharmonian Singapura.

Ketiga, mempelajari cara mengesahkan sumber maklumat sebelum berkongsinya secara bertanggungjawab.

Dan keempat, memahami dan menghormati perspektif yang berbeza.

Namun, beliau akur matlamat ini sememangnya tidak mudah dilakukan atau dicapai. 

“Tetapi patutkah kita tidak mencuba, untuk pelajar kita? Adakah kita membiarkan mereka bergelut dengan pengaruh luar dengan sendiri? Wajarkah kita mengambil risiko membiarkan mereka disesatkan dengan sumber berat sebelah di media sosial?

“Inilah sebabnya di MOE, kami berbincang dengan panjang lebar sejak tercetusnya pusingan terbaru konflik Oktober lalu. Bagaimana untuk membimbing pelajar kami, dan bahan yang hendak dipilih bagi pelajar yang berbeza untuk membantu mereka memahami dengan cara yang sesuai dengan usia,” katanya.

Dalam amanat dalam bahasa Melayu, beliau menjelaskan: “Tujuan utama pendidikan adalah memupuk ilmu, pemahaman dan empati terhadap semua, tanpa mengira kaum dan agama. Pendidikan tidak seharusnya menyebarkan kemarahan dan kebencian. Kita harus berjaga-jaga agar generasi muda kita tidak rasa benci dan saling tidak percaya antara satu sama lain akibat konflik ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >