Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Muis beri LBKM geran $1j bagi dermasiswa pelajar madrasah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis beri LBKM geran $1j bagi dermasiswa pelajar madrasah

Dec 26, 2023 | 05:41 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan memberi geran sebanyak $1 juta kepada Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) untuk mentadbir pengeluaran Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas) dan Dermasiswa LBKM pada awal 2024.

Promas adalah skim yang bertujuan memberi subsidi bagi yuran sekolah dan perbelanjaan seperti makanan, pengangkutan, buku, dan barang keperluan sekolah yang lain.

Sebanyak $6.1 juta telah diberi kepada pelajar madrasah daripada keluarga penerima zakat atau keluarga memerlukan sejak skim itu dilancarkan pada 2010.

Pada 2023, Muis juga memberi geran sebanyak $340,000 kepada LBKM untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar.

Untuk memperbaiki pentadbiran bantuan, Muis menggabungkan dua skim itu menjadi Dermasiswa Muis-Madrasah.

Dermasiswa ini akan membolehkan lebih ramai pelajar berpendapatan rendah menerima bantuan maksimum.

Antara syarat bagi menerima Dermasiswa Muis-Madrasah ialah pendapatan per kapita (PCI) bulanan keluarga tidak melebihi $1,400 dan pelajar harus mendapat kelulusan baik dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Pengajian Islam.

Semua penerima dermasiswa yang lulus akan layak mendapat bantuan kewangan mengikut tiga tahap keutamaan dengan julat yang berbeza.

Tahap keutamaan pertama diberi kepada pelajar daripada keluarga penerima zakat dan mereka layak mendapatkan dermasiswa sebanyak $3,300 seorang.

Pada tahap keutamaan kedua, pelajar mempunyai PCI di bawah $500 layak menerima $1,200 seorang.

Tahap keutamaan ketiga bagi pelajar yang mempunyai PCI antara $500 dengan $1,400, dan mereka layak menerima antara $350 dengan $600 seorang.

Julat tersebut ditetapkan mengikut peringkat sekolah atau kriteria yang ditetapkan oleh LBKM.

Menurut satu kenyataan Muis pada 26 Disember, pendaftaran bagi Dermasiswa Muis-Madrasah telah dibuka.

Pelajar yang layak digalak mendaftar melalui laman web LBKM di http://lbkm.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >