Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Panel pengadang bunyi di tapak binaan stesen MRT Pasir Ris East musnah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel pengadang bunyi di tapak binaan stesen MRT Pasir Ris East musnah

Jan 19, 2024 | 06:36 PM



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengenakan tempoh tenang keselamatan atau safety time-out (STO), di tapak pekerjaan bagi stesen MRT di Pasir Ris.

Ini susulan bahagian panel hadangan bunyi roboh setelah dibadai mesin yang tumbang.

Menurut laporan The Straits Times (ST) pada 19 Januari, jurucakap LTA menyatakan kejadian tersebut berlaku pada 16 Januari sekitar 5 petang di mana stesen Pasir Ris East sedang dibina.


Mesin pembolot – yang digunakan untuk mengangkat atau memunggah barangan – itu tumbang lalu terkena pengadang bunyi, mengakibatkan pengadang tersebut ranap.

Jurucakap itu menambah panel yang rosak telah dikeluarkan dari lokasi dan jurutera profesional telah mengesahkan struktur yang lain sebagai selamat.

STO dikenakan supaya syarikat berhenti sejenak daripada rutin pekerjaan harian untuk menyemak proses dan sistem keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Dalam catatan Facebook pada 18 Januari, Shin Min Daily News melaporkan bahawa pengadang itu adalah setinggi kira-kira empat tingkat, dan didirikan hanya beberapa meter dari Blok 208 Pasir Ris Street 21.


Tiada kecederaan kepada pekerja atau kerosakan berlaku pada blok HDB berhampiran akibat kemalangan itu, jelas LTA.

Pengadang sementara untuk mengurangkan pencemaran bunyi telah diletakkan di lokasi sementara pengadang yang rosak sedang dibaiki, tambahnya.

“LTA memandang serius insiden keselamatan. Siasatan berhubung kejadian masih diteruskan.

“Kami mengenakan STO bagi memeriksa sama ada tapak itu teratur sebelum membenarkan (kontraktor) meneruskan kerja,” kata LTA.

Pembinaan stesen Pasir Ris East dan 11 stesen lain adalah sebagai sebahagian daripada Laluan Cross Island, yang dijangka siap menjelang 2030.

Dalam satu respons kepada Berita Harian (BH), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan tiada pekerja yang cedera dalam kejadian tersebut.


Ia menambah penghuni tapak kerja merupakan syarikat Sinohydro Corporate Ltd (Cawangan Singapura) dan pemajunya adalah LTA.

“Semasa melakukan kerja-kerja penggalian, pembolot atau grab bucket yang dipasang pada mesin dinding diafragma mula condong lalu tumbang kepada pengadang bunyi... menyebabkan sebahagian daripada pengadang runtuh,” jelas MOM. Ia berkata siasatan ke atas kejadian itu sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >