Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

PAP tidak minta Pritam digantung sebagai AP ketika prosiding

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP tidak minta Pritam digantung sebagai AP ketika prosiding

Mar 19, 2024 | 06:22 PM



Parti Tindakan Rakyat (PAP) tidak akan meminta agar Ketua Pembangkang, yang juga Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, digantung sebagai Anggota Parlimen (AP) sementara prosiding undang-undang sedang berlangsung.

Ini setelah Encik Pritam berdepan dua tuduhan di bawah Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) pada 19 Mac kerana berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).

Beliau dikenakan tuduhan itu setelah polis membuka siasatan berhubung keterangannya kepada COP susulan kontroversi melibatkan bekas AP Raeesah Khan pada 2021.

Dalam satu kenyataan pada 19 Mac, Setiausaha Pengelola PAP, Cik Grace Fu, menjelaskan bahawa PAP tidak akan mengulas tentang merit kes tersebut kerana ia sedang dibicarakan di mahkamah.

Beliau menambah, ini sejajar dengan resolusi Parlimen untuk menangguhkan sebarang sekatan “sehingga selepas tamat siasatan dan prosiding jenayah (jika ada)” terhadap Encik Pritam.

Pada November 2021, COP telah ditubuhkan untuk meneliti kontroversi melibatkan Cik Raeesah. Semasa sidang COP, Encik Pritam dipanggil sebagai saksi oleh jawatankuasa itu dan beliau didapati tidak jujur.

Pada Februari 2022, jawatankuasa itu mengesyorkan Encik Pritam dirujuk kepada pendakwa raya bagi siasatan lanjut dengan tujuan mempertimbangkan prosiding jenayah. Ia kemudiannya disokong oleh Parlimen.

Pejabat Peguam Negara (AGC) kemudian merujuknya kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

Cik Fu turut menjelaskan bahawa keputusan PAP konsisten dengan pendirian sebelum ini mengenai usul yang difailkan oleh Setiausaha Agung Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Hazel Poa, pada September 2023.

Cik Poa, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), telah memfailkan usul menggantung mantan Menteri Pengangkutan S. Iswaran sebagai AP berikutan berita bahawa dia telah ditangkap oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah.

Pada masa itu, siasatan sedang dijalankan dan Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, berkata sebarang tindakan ke atas Iswaran pada peringkat itu adalah terlalu awal.

Kededua AP PAP dan WP telah menolak usul itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >